Utusan Borneo (Sarawak)

Kenali operasi, sejarah rumah api Tanjung Lobang

Penduduk Miri berpeluang melawat dan menghayati sejarah pembinaann­ya menerusi aktiviti ILLW

- Oleh Steve Annuar

MIRI: Penduduk Miri berpeluang melawat rumah api Tanjong Lobang dan menghayati sejarah pembinaann­ya menerusi aktiviti Internatio­nal Lighthouse Lightship Weekend (ILLW) bermula semalam dan hari ini (Ahad).

Dibina pada tahun 1930-an, kawasan Tanjong Lobang merupakan tempat tibanya perang dunia kedua di Sarawak pada 16 Disember 1941 iaitu sembilan hari selepas pengeboman Pearl Harbor.

Stesen asal rumah api ini dibina oleh kerajaan British dan dimusnah semasa penjajahan tentera Jepun dan dibina se- mula malah masih beroperasi sehingga kini.

Dalam tempoh dua hari ini, pengunjung boleh mengetahui cara rumah api beroperasi dan peralatan digunakan.

Tahun ini merupakan tahun kelima rumah api ini dijadikan pusat penganjura­n ILLW sejak 2013, dikendalik­an pada setiap hujung minggu ketiga pada bulan Ogos.

Ia dikendalik­an Persatuan Pemancar Radio Amatur Malaysia ( MARTS) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia dan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Majlis perasmian disempurna­kan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Keselamata­n Pelayaran, Jaba- tan Laut Malaysia Wilayah Sarawak, Dr Julyus Melvin Mobilik.

Sempena aktiviti ini, Kelab Radio Amatur Sarawak (ARCS) yang juga merupakan ahli gabungan MARTS dan SKMM mengendali­kan sesi Pengenalan Radio Amatur kepada sekumpulan pelajar dari Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang dan SM Sains.

Acara ini adalah ilham John Forsyth dan Mike Dalrymple yang juga merupakan ahli Kumpulan Radio Amatur Ayr di Scotland.

Dimulakan sejak 1998, acara ini telah menghimpun pengendali radio amatur dari 95 negara.

Sehubungan aktiviti ini juga, Persatuan Penjaga- Penjaga Rumah Api mengendali­kan Lighthouse Heritage Weekend, dimana pengurus dan penjaga rumah api di seluruh dunia menggalak orang awam mengunjung­i rumah api dan mendalami sejarah pembinaann­ya.

Sekarang, aktiviti ini dikendalik­an Pengurus Radio Amatur Australia, Kevin Mulcahy sejak terlibat dalam penganjura­nnya pada 1998.

Kelab radio amatur tempatan akan menubuhkan stesen radio sama ada di dalam atau berdekatan dengan rumah api dan beroperasi di stesen pada sepanjang hujung minggu.

Hadir sama semalam ialah Presiden ARCS, Liew Chung Haw, ahli ARCS dan MARTS.

 ??  ?? PELUANG TEROKAI: Dr Julyus sedang cuba menggunaka­n radio HF disaksikan oleh Liew (dua kanan) di stesen rumah api Tanjong Lobang.
PELUANG TEROKAI: Dr Julyus sedang cuba menggunaka­n radio HF disaksikan oleh Liew (dua kanan) di stesen rumah api Tanjong Lobang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia