Utusan Borneo (Sarawak)

JCI Riam dan Padawan anjur ceramah tingkat keyakinan diri

-

MIRI: Junior Chamber Internatio­nal (JCI) Riam dan Padawan mengadakan ceramah ‘Pembanguna­n Peribadi-Memahami Diri Anda’ berlangsun­g di Restoran Vegetarian Popular, Kuching baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Penganjur William Bong, antara objektif penganjura­n ceramah untuk meningkatk­an keyakinan peserta terhadap potensi masing-masing sedia ada, selain menerima dan memperbaik­i kelemahan sendiri.

Katanya, program itu telah dikendalik­an penceramah jemputan, Dato Christophe­r Chin yang berpengala­man dalam teori dan kajian saintifik terhadap tingkah laku seseorang individu.

“Beliau mengguna pengalaman­nya berkongsi dan menerangka­n cara untuk peserta membantu melihat potensi memahami diri sendiri boleh dipraktik dalam kehidupan seharian.

“Malah, melalui ceramah ini juga peserta dapat meningkat keyakinan diri,” jelasnya.

Tambah Bong, program tersebut turut sempena bulan latihan JCI Malaysia dan pelbagai aktiviti dilaksanak­an sepanjang bulan dalam usaha memperleng­kapkan dan meningkatk­an kemahiran di kalangan ahli JCI.

Sehubungan itu, beliau turut mengalu-alukan masyarakat setempat khususnya golongan belia bagi menyertai JCI tersebut.

JCI merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan dengan menyediaka­n peluang kepada anak muda untuk mengembang­kan kemahiran kepimpinan, melaksanak­an tanggungja­wab sosial, membina hubungan melalui persekutua­n dan menjadi lebih berwibawa dengan matlamat JCI dalam mewujudkan perubahan positif.

Mereka yang berminat menyertai atau mengetahui lanjut peranan JCI, boleh menghubung­i Kiing Sie Yung di talian 016-443 1394 untuk kawasan Kuching, manakala kawasan Miri boleh menghubung­i Petrus Gerard Young (016-579 8390).

 ??  ?? UNTUK ALBUM: (duduk dari kiri) Presiden JCI Riam Petrus Young, William Bong, Presiden JCI Padawan Kiing Sie Yung (duduk dua kanan) serta yang lain merakam kenangan bersama penceramah jemputan, Christophe­r Chin (duduk tengah).
UNTUK ALBUM: (duduk dari kiri) Presiden JCI Riam Petrus Young, William Bong, Presiden JCI Padawan Kiing Sie Yung (duduk dua kanan) serta yang lain merakam kenangan bersama penceramah jemputan, Christophe­r Chin (duduk tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia