Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Pujut bakal miliki dewan serba guna

-

MIRI: Hasrat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pujut untuk memiliki dewan serba guna sendiri bakal terlaksana dengan peruntukan disalur Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin sebanyak RM80,000.

Lee merangkap Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan berkata dana sebanyak RM55,000 telah disalur sebelum ini semasa sekolah menyuaraka­n cadangan mereka untuk membina dewan tersebut dahulu.

“Pada hari ini (semalam) saya tambah lagi peruntukan sebanyak RM25,000 menjadikan­nya RM80,000 jumlah keseluruha­n agar pembinaan bumbung di tapak perhimpuna­n ini dapat dilaksanak­an dengan segera.

“Bukan itu sahaja, melalui tambahan kutipan sumbangan jogathon dari pelajar, ibu bapa, guru dan orang awam dikumpul tahun ini sebanyak RM45,654 membolehka­n projek ini menjadi kenyataan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Larian Jogathon kali ke-10 SMKP di sekolah tersebut semalam.

Turut hadir Pengetua SMKP Koh Chee Kiat dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMKP Albert Bangau Pengarah.

Di samping itu, Lee mengingatk­an kepada pelajar sekolah untuk tidak terlibat dengan sebarang aktiviti tidak sihat.

“Sebagai pelajar sekolah anda perlu menjauhkan diri dari pelbagai aktiviti yang tidak mendatangk­an manfaat malahan ia akan merosakkan masa depan anda kelak.

“Untuk mengelak dari terjebak dengan kegiatan tidak sihat, anda harus menyertai pelbagai aktivit di sekolah terutamany­a mengambil bahagian dalam kokurikulu­m,” katanya.

Jelasnya, beliau sudah berbincang dengan pengetua untuk melihat lebih banyak lagi aktiviti yang baik dirancang dan dilaksanak­an dalam kalangan pelajar.

Jelas Lee, SMKP yang mempunyai bilangan pelajar seramai 2,500 orang ini memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak demi kemajuan dan kesejahter­aan sekolah.

“Pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah perlu bekerja sebagai satu pasukan demi keselesaan anak- anak kita belajar di sini,” katanya.

Pada larian jogathon kali ini ia dibahagika­n kepada lapan kategori iaitu kategori terbuka lelaki guru, staf dan orang awam, terbuka perempuan guru, staf dan orang awam, terbuka lelaki A tingkatan empat dan lima, terbuka perempuan A tingkatan empat dan lima, terbuka lelaki B tingkatan dua dan tiga, terbuka perempuan B tingkatan dua dan tiga, terbuka lelaki C tingkatan peralihan dan satu dan terbuka perempuan C tingkatan peralihan dan satu.

Pemenang tempat pertama kategori terbuka lelaki guru, staf dan orang awam dimenangi Fendi Meka, tempat kedua Lawrene Jatan Langgat dan ketiga Andrew John Vianny James Jamai.

Kategori terbuka perempuan guru, staf dan orang awam pula tempat pertama dimenangi Tuh Moi Hiong, kedua Injan Beje dan ketiga Stella Iyut Andrew Unjah.

Bagi kategori terbuka lelaki A tempat pertama dimenangi Loh Zheng Xing, kedua Warren Kiew Tech Wan dan ketiga Zahary Ivan Jenny manakala kategori terbuka perempuan A tempat pertama Sinthia Bem Joseph, kedua Tracyana Ronald Nyipa dan ketiga Eileen Lee Li Fong.

Pemenang pertama kategori terbuka lelaki B dimenangi Affri Yahya Abdullah, kedua Alvis Presly Silin dan ketiga Yazid Ekni Han manakala kategori terbuka perempuan B tempat pertama dimenangi Joanna Julia Renang, kedua Siti Khatijah Meni dan ketiga Fettry Tarum.

Selain itu, untuk kategori terbuka lelaki C tempat pertama dimenangi Aaron Jeremiah Renang, kedua Darren Chong Kin Hong dan ketiga Dominic Garit Mike manakala bagi kategori terbuka perempuan C tempat pertama Geogina Stacy Chu, kedua Amenda Natasya Abdullah dan ketiga Elzinnia Ellecia Desmond Benson.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia