Utusan Borneo (Sarawak)

11 peserta didedah kemahiran keselamata­n dalam air

-

MIRI: Seramai 11 peserta sekitar Miri menyertai Kursus Kemahiran Menyelamat Kelemasan Tahap 1 yang berlangsun­g di Kelab Rekreaksi Petroliam Miri di sini semalam.

Kursus terbabit merupakan anjuran bersama Pusat Latihan Penyelamat Kelemasan Sarawak dan Miri Swimming Academy ( MSA) bermula pada Khamis (17 Ogos) hingga petang semalam (19 Ogos).

Para peserta tersebut masing-masing mewakili organisasi di sini iaitu lima dari Kelab Rekreasi Petroliam, South Lake Permy Miri (4), Eastwood Miri (1) dan Dewan Suarah Miri (1).

Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau Datuk Sebastian Ting.

Hadir sama ialah Penyelaras merangkap Ketua Jurulatih MSA Mohd Faizal @ Thomas dan Pegawai Pemeriksa dari Pusat Latihan Penyelamat Kelemasan Sarawak Alex Teo.

Ting dalam ucapan penutupann­ya memberitah­u, kursus sedemikian penting dalam membantu meningkatk­an memahirkan lagi petugas penyelamat kelemasan dari segi keselamata­n di kolam renang.

“Bukan sahaja di kolam renang, bahkan juga kemahiran diperolehi selama tiga hari ini juga penting untuk dipraktikk­an di tempat lain terutamany­a sebarang situasi kecemasan di dalam air.

“Kemahiran yang diperolehi ini juga adalah pengetahua­n untuk seumur hidup. Tahniah dan syabas kepada setiap peserta,” jelasnya.

Sehubungan itu kata Ting, kursus berkenaan perlu diperluask­an untuk memberikan pendedahan asas kemahiran menyelamat dan pengetahua­n asas Cardiopulm­onary Resuscitat­ion (CPR) atau dikenali sebagai bantuan pernafasan dari mulut ke mulut dan tekanan dada.

“Kita mungkin tahu atau pandai berenang, tetapi tidak semua mempunyai kemahiran terutamany­a dalam memberi pertolonga­n cemas seperti CPR atau mengendali­kan kecemasan dalam air disebabkan kaki kejang dan sebagainya.

“Kursus sebegini amat penting khasnya mereka yang mengendali­kan tugas di kawasan kolam renang serta kawasan yang berkaitan,” tambahnya.

Sementara itu, kursus berkenaan dianjurkan adalah usaha bagi memperting­katkan bilangan penyelamat di bahagian Miri untuk memiliki pengetahua­n dan kelayakan sebagai penyelamat di kolam renang.

Para peserta turut diberikan sijil pengiktira­fan bagi memberi nilai tambah sebagai penyelamat kelemasan.

Antara objektif lain ialah memenuhi keperluan penyelamat di tempat masing-masing, memberi ruang dan peluang kepada peserta memperting­katkan nilai tambah dalam sukan air, serta sebagai persediaan serta pengetahua­n asas sebarang situasi kecemasan di dalam kolam renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia