Utusan Borneo (Sarawak)

Lim Ah Teck dipilih Tokoh GAP RISDA Negeri Sarawak bagi 2017

-

LUNDU: Peserta Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dari Sri Aman, Lim Ah Teck dipilih sebagai Tokoh Amalan Pertanian Baik (GAP) RISDA Negeri Sarawak bagi tahun 2017.

Selain Lim, tiga lagi peserta RISDA iaitu Ali Rafaie, Dennis Terus dan Musit Kabul masing-masing dipilih sebagai Tokoh GAP RISDA bagi bahagian Betong, Sibu dan Miri.

Sijil pengiktira­fan kepada kesemua empat tokoh ini telah disampaika­n oleh Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Alexander Nanta Linggi sempena Majlis Perasmian Konvensyen GAP RISDA Negeri Sarawak di Kem Bina Negara, Sampadi di sini, semalam.

Lim yang ditemui selepas majlis itu berkata, sistem pengurusan GAP yang diperkenal­kan oleh RISDA banyak membantu pekebun kecil getah seperti beliau meningkatk­an hasil produktivi­ti tanaman.

Mula menyertai RISDA pada tahun 2011, Lim kini telah menanam 800 pokok getah pada keluasan tanah 1.4545 hektar yang mana sebahagian daripadany­a sudah mula ditoreh.

“Apa yang baiknya dengan GAP ini ialah ia dapat mempercepa­tkan tempoh kematangan pokok getah kepada empat tahun setengah berbanding tujuh tahun bagi teknik tanaman biasa.

“Saya yakin, apabila pokokpokok getah ini dapat ditoreh sepenuhnya dalam tahun ini ia mampu meningkatk­an pendapatan saya lebih daripada RM4,000 sebulan,” katanya yang turut mengusahak­an tanaman lain seperti sawit, sayur, buah-buahan dan ternakan ikan.

Sementara itu, seorang lagi peserta RISDA dari Serian, William Kuwak berkata sistem pengurusan GAP yang diperkenal­kan oleh RISDA adalah berbeza dengan kaedah tanaman getah tradisiona­l yang diusahakan­nya sebelum ini.

“Saya sudah menjadi peserta RISDA selama tiga tahun dan kini saya telah menanam 800 pokok getah pada keluasan tanah 1.054 hektar.

“Meskipun getah yang ditanam ini masih belum dapat ditoreh tetapi peserta RISDA boleh mendapatka­n bantuan RM3,000 bagi setiap satu hektar tanaman dalam bentuk baja dan sebagainya.

“Malah, peserta RISDA juga boleh mendapatka­n bantuan Aktiviti Ekonomi Tambahan (AET) untuk menjana pendapatan sampingan sebelum dapat menikmati sepenuhnya hasil getah,” katanya.

Sehubungan itu, William menasihatk­an penduduk tempatan terutama yang memiliki tanah terbiar untuk memohon menyertai program RISDA untuk masa depan mereka.

Dalam pada itu, peserta wanita RISDA, Ijah Kasa dari Lubok Antu berharap pihak RISDA akan mempergiat­kan lagi latihan dan tunjuk ajar GAP di kalangan pekebun kecil di kawasan luar bandar.

“Amalan pertanian baik yang diperkenal­kan oleh RISDA ini merupakan satu usaha yang sangat baik dan kami berharap pihak RISDA akan turun lebih kerap membantu memberikan tunjuk ajar kepada kami di luar bandar,” katanya.

 ??  ?? IJAH
IJAH
 ??  ?? WILLIAM
WILLIAM
 ??  ?? TOKOH GAP: Nanta (dua kiri) menyampaik­an sijil Tokoh GAP RISDA Negeri Sarawak kepada Lim disaksikan Pengarah RISDA Sarawak, Zulkifli Zaini (kanan) dan Pengarah Bahagian Pengembang­an dan Pemindaan Teknologi RISDA Malaysia, Zainabon Ismail (kiri).
TOKOH GAP: Nanta (dua kiri) menyampaik­an sijil Tokoh GAP RISDA Negeri Sarawak kepada Lim disaksikan Pengarah RISDA Sarawak, Zulkifli Zaini (kanan) dan Pengarah Bahagian Pengembang­an dan Pemindaan Teknologi RISDA Malaysia, Zainabon Ismail (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia