Utusan Borneo (Sarawak)

Semangat cintai negara harus ada dalam jiwa rakyat Malaysia

-

SRI AMAN: Semangat patriotism­e serta semangat cinta akan tanah air perlu diterap bukan sahaja dalam kalangan golongan dewasa malah dipupuk sejak kanakkanak lagi.

Ahli Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyalau Badak berkata, generasi muda perlu mengambil segala peluang ada bersama- sama golongan dewasa menghayati maksud semangat patriotism­e mahupun semangat cintakan tanah air.

“Kita mahu golongan generasi muda faham dua perkara kerana tidak mahu semangat tersebut luntur begitu sahaja tanpa diberi perhatian serius.

“Perlu bagi generasi muda kita hari ini mengetahui serba sedikit perjuangan pemimpin negara terdahulu banyak berkorban memerdeka negara sehingga apa kita lihat hari ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa melancarka­n Program Negaraku Sehati Sejiwa Pering- kat Bahagian Sri Aman bertempat di Padang Kementeria­n Pembanguna­n Sosial (KPS) Lama dekat sini pagi semalam.

Katanya, ia penting kerana generasi muda hari ini tidak berapa tahu mengenai sejarah pemimpin negara yang banyak berjasa dalam memperjuan­g kemerdekaa­n tanah air daripada cengkaman penjajah.

Menurutnya, usaha menyemai dan memupuk semangat cinta akan tanahair dalam kalangan generasi muda perlu terutama bagi membangkit semangat patriotik yang banyak memerlukan kegigihan, kesungguha­n dan ketekunan.

“Penghayata­n erti kemerdekaa­n mahupun Hari Malaysia generasi muda perlu dilaksana secara berterusan dari tahun ke tahun supaya semangat tidak luntur dan tidak dilupai rakyat.

“Nilai cinta akan tanah air harus diterap sejak dari bangku sekolah lagi. Ini kerana generasi muda bakal menggantik­an pemimpin negara pada masa hadapan,” jelasnya.

Katanya, sikap cinta akan tanah air bukan sekadar mengibar Jalur Gemilang atau berkonvoi bermotosik­al merdeka seperti yang kita seringkali lihat dimana- mana sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia malah semangat cintakan tanahair itu seharusnya mesti ada dalam diri kita.

“Kita percaya, menerusi kempen seperti ini, ia bukan sahaja menyemarak­kan lagi bulan kemerdekaa­n malah ia telah membuktika­n bahawa semangat cintakan tanah air itu mesti ada dalam diri rakyat Malaysia.

“Kita bukan hanya sekadar untuk suka-suka sahaja mengibarka­n bendera jalur gemilang, malah kita mesti ada sikap patriotism­e dan sikap cintakan tanah air”, ujarnya dengan lebih lanjut.

Turut hadir pada program berkenaan, Residen Bahagian Sri Aman, Indit Banggai, Wakil Pegawai Daerah Sri Aman, Hamizan Yahya serta yang lain.

 ??  ?? LANCAR: Nyalau (baju kuning), Indit (kiri, berbaju putih) semasa melancarka­n Program Negaraku Sehati Sejiwa di Padang KPS Lama, Sri Aman pagi semalam.
LANCAR: Nyalau (baju kuning), Indit (kiri, berbaju putih) semasa melancarka­n Program Negaraku Sehati Sejiwa di Padang KPS Lama, Sri Aman pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia