Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak rumah mampu milik perlu dibina

Pemaju harus laksana tanggungja­wab tampung keperluan mendesak penduduk Sarawak: Dr Sim

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

BINTULU: Pemaju di negeri ini perlu melaksana tanggungja­wab untuk membina lebih banyak rumah kos rendah atau mampu milik dengan kadar segera bagi menampung keperluan mendesak penduduk negeri ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pemaju perlu melaksanak­an tanggungja­wab kerana apabila kerajaan berusaha keras membantu mengatasi masalah ini, pemaju juga harus memain peranan membina banyak rumah kos rendah.

Katanya, kerajaan tidak mahu terjadi masalah berbangkit apabila dalam kertas perjanjian pembelian menyatakan ia rumah kos rendah sebaliknya wujud perjanjian tambahan menjadikan nilai sebagai rumah kos sederhana.

“Kita berusaha membantu penduduk dan pemaju negeri ini sehingga ke peringkat pusat tetapi saya tidak dapat membela pemaju yang cuba mengeliruk­an rakyat dalam hal berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Jerayawara Hartanah dan Perumahan anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) Bintulu selama tiga hari di Bintulu Commerce Square Mall semalam.

Turut hadir Presiden SHEDA Sarawak, Joseph Wong Kee Liong, Naib Presiden SHEDA merangkap Pengerusi SHEDA Bintulu, Troy Yaw; pengerusi penganjur merangkap Setiausaha SHEDA Bintulu, Joshua Sia dan ahli majlis tertinggi SHEDA.

Beliau berkata, bukan tugasnya untuk membela pemaju tetapi berharap rakyat Sarawak mendapat manfaat daripada usaha berkenaan dengan mendapatka­n rumah yang baik dan murah.

Katanya, pada masa yang sama dialog bersama perlu kerap diadakan bagi membantu pemaju memudahkan cara memain peranan mewujudkan kawasan penempatan rumah mampu dimiliki rakyat.

Mengenai idea mewujudkan bank tanah dan kaedah sewa sementara kediaman, Dr Sim menjelaska­n, ia satu cadangan baik terutama bagi rakyat berusia serta tiada pendapatan lagi kerana tidak perlu bimbang mengenai tempat berteduh kemudian hari.

“Rumah adalah keperluan penting semua penduduk dan kesukaran memilikiny­a bukan hanya di Sarawak mala- han di Australia penduduk menghadapi masalah sama.

“Situasi ini berlaku di seluruh dunia namun Sarawak melakukan pendekatan terbaik menangani masalah ini antara pembeli dan penjual termasuk agensi kerajaan terlibat,” katanya.

Beliau berkata, dalam pemilikan rumah mampu milik kebanyakan rumah dijual di luar kemampuan dengan 50 peratus populasi mendiami kawasan bandar.

Katanya, sekitar 50,000 orang mendaftar mendapat rumah mampu milik dan ia memperliha­t permintaan besar warga mendapatka­n kediaman.

Justeru katanya, beberapa peruntukan disediakan kerajaan bagi melaksana beberapa program agak sukar tetapi memerlukan sokongan supaya rakyat Sarawak tidak hanya melihat sahaja mengenai keinginan mendapatka­n rumah mampu milik.

“Ini sebabnya dalam pembanguna­n bandar baharu, kita melihat kepada model Razak Mansion di Kuala Lumpur. Tidak hanya mengenai program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) tetapi saya akan memastikan penduduk Sarawak dapat memperoleh­i hasil usaha itu dengan mengambil pendekatan model Razak Mansion,” katanya.

1Razak Mansion adalah pembanguna­n semula pangsapuri kos rendah Razak Mansion tahun 1967 yang beru- mur 50 tahun bernilai antara RM60,000 dan RM80,000 untuk unit lama dan dibina baharu bernilai tidak kurang daripada RM350,000.

Pemilik rumah pangsa lama akan ditukar kepada pangsapuri baharu secara percuma melalui pembanguna­n semula model itu manakala rumah pangsa disewa ditawarkan dengan unit pangsapuri baharu dengan harga RM42,000.

Dr Sim berkata, sebagai satu daripada jerayawara hartanah dan perumahan terbesar, SHEDA perlu mengangkat jenama menjadi lebih besar bukan sahaja untuk Sarawak malah menembusi peringkat antarabang­sa keseluruha­nnya.

“Kita perlu peka mengenai kewujudan sistem Binaan Berindustr­i (IBS) dan kerajaan tempatan bermesyuar­at komited agar 30 peratus struktur binaan dibuat mengguna IBS dengan peruntukan RM1 bilion setahun.

“Industri perlu melihat akan kebaikanny­a dan kita tidak mahu untuk tempoh beberapa tahun industri terbabit tidak bersedia untuk berubah memandangk­an IBS adalah untuk kegunaan masa depan,” tambahnya.

Kita berusaha membantu penduduk dan pemaju negeri ini sehingga ke peringkat pusat tetapi saya tidak dapat membela pemaju yang cuba mengeliruk­an rakyat dalam hal berkaitan. Datuk Dr Sim Kui Hian Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? RASMILAH SUDAH: Masir (tiga kanan) sambil diperhatik­an oleh Jesi (kanan), Achin (dua kanan) serta ahli JKKK yang lain semasa merasmikan Bekalan Air Graviti Sunga Ai pagi semalam.
RASMILAH SUDAH: Masir (tiga kanan) sambil diperhatik­an oleh Jesi (kanan), Achin (dua kanan) serta ahli JKKK yang lain semasa merasmikan Bekalan Air Graviti Sunga Ai pagi semalam.
 ??  ?? TINJAU: Dr Sim (tiga kanan) bersama Joseph (tiga kiri), Troy (dua kanan) dan ahli majlis tertinggi SHEDA lainnya melawat ruang pameran hartanah dan perumahan milik sebuah pemaju yang menyertai jerayawara terbabit.
TINJAU: Dr Sim (tiga kanan) bersama Joseph (tiga kiri), Troy (dua kanan) dan ahli majlis tertinggi SHEDA lainnya melawat ruang pameran hartanah dan perumahan milik sebuah pemaju yang menyertai jerayawara terbabit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia