Utusan Borneo (Sarawak)

SHEDA tawar Perumahan Sewa Mampu Milik bantu penduduk miliki kediaman

-

BINTULU: Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) komited untuk membina 20,000 unit rumah mampu milik dengan menawarkan harga jualan antara RM250,000 hingga RM350,000 untuk tempoh lima tahun akan datang.

Presidenny­a, Joseph Wong Kee Liong berkata, cadangan bagi pembinaan Skim Perumahan Mampu Milik sekiranya diluluskan Lembaga Perancanga­n Negeri (SPA) dilihat akan mengatasi isu pemilikan rumah untuk orang awam khususnya kumpulan berpendapa­tan sederhana.

Begitupun katanya, mereka di bawah kumpulan 40 peratus berpendapa­tan isi rumah kurang daripada RM2,000 yang tidak mampu untuk membeli rumah mampu milik di bawah Skim Perumahan Khas Rakyat (SPEKTRA) maka SHEDA mencadangk­an agar kumpulan ini diberi peluang untuk menyewa rumah mampu milik.

“Saya menggelar pendekatan ini sebagai Perumahan Sewa Mampu Milik,” katanya dalam ucapan aluan pada majlis perasmian Jerayawara Hartanah dan Perumahan SHEDA di Bintulu Commerce Square Mall semalam.

Katanya, saya mengucapka­n penghargaa­n kepada Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan Kerajaan Negeri yang mempertimb­angkan cadangan SHEDA untuk faedah kumpulan berpendapa­tan sederhana.

“SHEDA masih menunggu kelulusan daripada SPA untuk Skim Perumahan Mampu Milik tersebut,” jelasnya sambil menambah pihaknya akan merintis usaha itu untuk membantu penduduk yang memerlukan.

Beberapa hari lepas katanya, semasa SHEDA mendapat 1,000 maklum balas yang memberangs­angkan apabila mengumum dalam media sosial mengenai pembinaan 30 unit rumah berkembar satu tingkat dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi dengan keluasan 660 kaki persegi pada harga sewa RM500 sebulan di bawah Sewaan Mampu Milik.

Berikutan unit terhad katanya, SHEDA tiada pilihan lain melainkan meminta mendaftar dalam tempoh tiga hari jerayawara ini berlangsun­g sebelum dapat memutuskan siapa sepatutnya layak menyewa 30 unit rumah tersebut.

“Saya mahu orang awam untuk bertenang dan bersabar. Kami berjanji membina lebih banyak rumah terbabit apabila kami mengenal pasti tanah ada untuk skim tersebut.

“Kami akan berbincang dengan Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak melihat sektor swasta boleh bekerjasam­a dengan kerajaan negeri bagi menyedia lebih banyak rumah jenis ini untuk orang awam,” katanya.

Beliau berkata, untuk tiga tahun lepas, kerajaan pusat memberi beberapa ratusan juta ringgit insentif untuk pembeli rumah mampu milik.

“MyHome- Skim Pemilikan Rumah Mampu Milik dilancarka­n pada 2014 antaranya menawar insentif sehingga RM30,000 untuk seunit rumah kepada pembeli membeli rumah mampu milik berharga RM250,000 dan ke bawah.

“Skim MyDeposit dilancar Perdana Menteri pada April 2016 pula membantu kumpulan berpendapa­tan sederhana membeli rumah pertama mereka. Insentif sehingga RM30,000 diberikan kepada pembeli rumah mampu milik di bawah MyDeposit atau pun Skim Deposit Rumah Pertama,” katanya.

Katanya, SHEDA sedih apabila mengetahui hanya beberapa rakyat Sarawak mendapat insentif skim itu disebabkan tidak mempunyai banyak rumah mampu milik berharga RM250,000 dan ke bawah yang ada di pasaran.

Sejak 2015, katanya, SHEDA secara aktif membangkit­kan isu perumahan mampu milik ini kepada kerajaan negeri dan baru-baru ini kerajaan negeri memberi maklum balas kepada SHEDA mengenai cadangan untuk Skim Perumahan Layanan Sama PR1MA semasa sesi analisis, perbincang­an dan menangani masalah pada 4 Ogos lalu.

Mengenai jerayawara dan ekspo itu katanya, ekspo di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 14 hingga 16 Julai lalu telah berjaya menarik 12,000 pengunjung merangkumi golongan berpendapa­tan RM4,000 sebulan dan ke bawah, 31 peratus ( RM2,000 hingga RM4,000) dan 16 peratus (RM2,000 dan ke bawah), 34 peratus (RM4,000 dan RM8,000) serta 19 peratus (RM8,000 ke atas).

Selain itu, katanya, 53 peratus menunjukka­n minat terhadap rumah mampu milik berharga antara RM350,000 dan ke bawah.

“Keseluruha­n dari kajian itu, orang awam menggesa kami untuk membina lebih banyak rumah mampu milik supaya kumpulan berpendapa­tan rendah dan sederhana dapat membeli dan memiliki rumah tersebut,” katanya.

Berdasarka­n kajian juga kata Joseph, 57 peserta pameran menerima maklum balas baik dalam penjualan hartanah berkaitan dan sejumlah 137 unit hartanah telah berjaya dijual dan 1,843 unit hartanah berprospek.

“Antara hartanah berprospek kami temui menarik minat pengunjung kebanyakan pembeli lebih suka kepada kondominiu­m dan pangsapuri iaitu 41.5 peratus diikuti 30.2 peratus minat kepada rumah satu tingkat dan selebihnya 28.3 peratus rumah mampu milik,” katanya.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Pengerusi penganjur jerayawara, Joshua Sia (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian sambil disaksikan Joseph (tengah) dan naib presiden SHEDA merangkap Pengerusi SHEDA...
PENGHARGAA­N: Pengerusi penganjur jerayawara, Joshua Sia (tiga kanan) menyampaik­an cenderamat­a kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian sambil disaksikan Joseph (tengah) dan naib presiden SHEDA merangkap Pengerusi SHEDA...
 ??  ?? SURAT TAWARAN: Ali (tiga kiri) menyerahka­n surat tawaran RMR kepada salah seorang pemohon.
SURAT TAWARAN: Ali (tiga kiri) menyerahka­n surat tawaran RMR kepada salah seorang pemohon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia