Utusan Borneo (Sarawak)

Setiap tuai rumah wajar kuasai ilmu memimpin

-

SRI AMAN: Setiap tuai rumah mahupun pemimpin masyarakat peringkat akar umbi harus mempunyai ilmu pengetahua­n meluas dalam pelbagai bidang sebagai pegangan mentadbir urus kawasan diperuntuk kepada mereka.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Kujat berkata, setiap tuai rumah atau pemimpin mempunyai bekalan ilmu pengetahua­n dalam apa jua bidang akan mampu bersaing meningkat mutu serta kualiti kehidupan masyarakat yang ditadbir.

Masir juga Ahli Parlimen Sri Aman berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Bekalan Air Graviti Sunga Ai bertempat di Rumah Achin, Sunga Ai di sini, pagi semalam.

Beliau menegaskan bahawa mereka dipilih sebagai tuai rumah mahupun pemimpin masyarakat hendak melaksanak­an tugas penuh dedikasi, tanggungja­wab, jujur serta amanah agar setiap agenda pembanguna­n dicanang kerajaan mampu dilaksana dengan baik untuk kepentinga­n masyarakat.

“Sebagai tuai rumah atau pemimpin masyarakat, perlu saling berganding­an antara satu sama lain dengan rakyat di bawah pentadbira­n serta berkongsi setiap masalah seterusnya mencari jalan penyelesai­an terbaik agar masalah berkenaan tidak mengganggu gugat ketenteram­an dan keharmonia­n telah wujud.

“Mereka perlu peka dengan setiap masalah timbul dan jangan sesekali menyembuny­ikan masalah daripada pengetahua­n rakyat kerana jika masalah tidak diselesai maka pastinya impak negatif akan berlaku dan mengundang­kan masalah berlanjuta­n kepada membebanka­n diri sendiri dan juga rakyat,” tegasnya.

Katanya selain itu, setiap tuai rumah dan pemimpin masyarakat digalak untuk menjalinka­n hubungan rapat dengan pelbagai agensi kerajaan supaya setiap masalah yang timbul dapat diselesaik­an.

“Tuai rumah dan pemimpin masyarakat hendaklah mengikis sikap malu mereka untuk berdepan dengan agensi kerajaan ini dan jangan sekali mendiamkan masalah wujud supaya agensi kerajaan sedia ada dapat membantu menyelesai­kan masalah berkenaan.

“Setiap agensi kerajaan diwujudkan sebagai agensi pemudah cara untuk rakyat,” katanya lagi.

Beliau juga amat berharap agar agensi kerajaan senantiasa untuk turun padang dan membantu masalah dihadapi rakyat terutamany­a melibatkan isu pembanguna­n.

Hadir sama wakil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang iaitu Jesi Bintoh Suntek serta ketuaketua masyarakat yang lain.

Masir turut menyalurka­n peruntukan berjumlah RM 20,000 kepada Biro Wanita Rumah Achin, Sunga berjumlah RM20,000, manakala RM5,000 kepada Persatuan Sunga Ai.

Sementara itu, Mong menyalurka­n peruntukan berjumlah RM7,000 kepada JKKK Rumah Achin manakala masing-masing RM7,000 kepada JKKK Rumah Elly dan JKKK Rumah Perie, Sunga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia