Utusan Borneo (Sarawak)

Komunikasi ibu bapa, guru penting tangani masalah sosial

Sebarang petanda negatif yang dikesan awal boleh diatasi bersama

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Komunikasi dua hala antara ibu bapa dan guru penting dalam usaha menangani masalah sosial dan disiplin anakanak pelajar sekolah, kata Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Menurut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, sebarang petanda negatif awal yang dapat dikenal pasti dalam kalangan pelajar juga boleh diatasi bersama dan tidak hanya melepaskan tanggungja­wab tersebut kepada sebelah pihak sahaja.

“Ibu bapa hendaklah sering pergi ke sekolah supaya ada perhubunga­n rapat dengan guru dan sekiranya didapati ada petanda awal seorang pelajar menunjukka­n ciri negatif, ia boleh atasi bersama.

“Pihak ibu bapa juga boleh berkongsi pengalaman dengan guru dan guru boleh berbincang dengan ibu bapa bagaimana hendak mengatasi masalah, sekiranya timbul,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis penangguha­n Tuisyen Rakyat@KKLW Tuisyen Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR) 2017 di Dewan Yayasan Sarawak di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman juga memberitah­u, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) turut memainkan peranan penting selaku tali penghubung antara ibu bapa dan guru.

Pelbagai aktiviti dan kegiatan boleh dianjurkan di peringkat sekolah supaya ibu bapa berpeluang untuk

Pihak ibu bapa juga boleh berkongsi pengalaman dengan guru dan guru boleh berbincang dengan ibu bapa bagaimana hendak mengatasi masalah, sekiranya timbul. Dr Abdul Rahman Junaidi Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar)

datang ke sekolah sepanjang masa, ujarnya.

“Apa yang penting, mereka dapat mengenali siapa guru yang mengajar anak mereka dan selepas ini mereka berhubung seperti rakan dan sahabat dan mengenali keperibadi­an anakanak dan bersama-sama membantu dalam mencapai kecemerlan­gan anak-anak dalam bidang pendidikan,” jelasnya.

Beliau juga percaya, kebanyakan masalah sosial dan disiplin pelajar di sekolah adalah kerana tidak ada perhubunga­n mesra antara guru dan ibu bapa mereka.

Mengenai Tuisyen Rakyat@KKLW Tuisyen UPSR itu, kata Dr Abdul Rahman, program anjuran Yayasan Pelajaran MARA dengan kerjasama Biro Pendidikan Pantai Damai itu diharap dapat diperluask­an ke sekolah-sekolah rendah lain di konstituen­si tersebut.

Ini kerana, jelasnya, ia berupaya menjadi platform dalam usaha mempersiap­kan para pelajar khususnya yang akan menduduki peperiksaa­n awam seperti UPSR untuk diberi taklimat serta latih tubi bagi menghadapi peperiksaa­n sebenar.

“Dalam program hari ini (semalam) ia dihadiri seramai 170 murid tahun enam di dua sekolah rendah dalam Pantai Damai iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gersik dan SK Matu Baru.

“Diharap sekolah-sekolah rendah lain juga berkesempa­tan mengikuti program yang diadakan ini pada masa akan datang,” jelasnya.

Program tersebut merupakan kelas bimbingan tambahan kepada calon UPSR khususnya mereka yang datang dari keluarga yang kurang berkemampu­an bertujuan meningkatk­an pengetahua­n dalam mata pelajaran teras.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama para peserta Tuisyen Rakyat@KKLW Tuisyen UPSR dan jawatankua­sa pengelola di Kuching, semalam.
UNTUK ALBUM: Dr Abdul Rahman (duduk tengah) merakam gambar kenangan bersama para peserta Tuisyen Rakyat@KKLW Tuisyen UPSR dan jawatankua­sa pengelola di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia