Utusan Borneo (Sarawak)

SK Astana dipilih program perkasa bahasa Inggeris DUN Samariang

-

KUCHING: Sekolah Kebangsaan ( SK) Astana di sini dipilih sebagai sekolah rendah pertama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samariang yang akan memulakan Program Pemerkasaa­n Bahasa Inggeris.

Mendedahka­n perkara itu, Menteri Muda Undang- Undang, Hubungan Negeri dan Persekutua­n dan Pemantauan Projek merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Samariang Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, beliau akan mengarahka­n Biro Pendidikan DUN Samariang untuk berkolabor­atif dengan pihak sekolah berkenaan bagi menjayakan program tersebut dalam masa ter- dekat.

Malah katanya, beliau juga akan mencari badan atau agensi berkaitan yang sudi menyumbang bukubuku atau alatan pembelajar­an Bahasa Inggeris yang baik dan berkualiti kepada sekolah berkenaan.

“Melalui program ini kelak, kita mengharapk­an semoga anak- anak pelajar kita dapat membaca bukubuku Bahasa Inggeris ini dan sekali gus meningkatk­an penguasaan dan kemahiran dalam bahasa tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Karnival Persatuan Ibu Bapa dan Guru ( PIBG) Berami di Sekolah Kebangsaan ( SK) Astana, di sini semalam.

Hasidah juga mengambil kesempatan menyeru warga sekolah dengan dibantu oleh para ibu bapa agar dapat menganjur lebih banyak program khas khusus untuk meningkatk­an kecemerlan­gan pendidikan anak- anak.

“Saya juga akan memperuntu­kkan dana dari Pusat Khidmat DUN Samariang bagi membantu pihak sekolah untuk menganjur kelas tuisyen tambahan kepada murid- murid termasukla­h untuk membeli buku- buku untuk digunakan sebagai bahan bacaan.

“Apa yang lebih utama ialah kerjasama antara ibu bapa dan guru bagi memastikan program ini dapat dilaksanak­an dengan jayanya,” jelasnya.

Pada majlis tersebut, Hasidah turut mengumumka­n geran kecil luar bandar ( MRP) berjumlah RM3,000 kepada PIBG untuk tujuan menampung perbelanja­an penganjura­n Karnival PIBG Berami itu.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang karnival itu diadakan antaranya ialah kempen derma darah, gerai jualan, pasar ria, ceramah, pemeriksaa­n gigi percuma, pertanding­an kebudayaan Little Keling dan Kumang, Pertanding­an Gubahan Masakan serta banyak lagi.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Astana Jesi Jamri, Yang Dipertua PIBG SK Astana Mohd Irwan Shah Thomas dan Pegawai Pendidikan Daerah Kuching Kamariah Said.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia