Utusan Borneo (Sarawak)

KSM mampu kurangkan kadar penganggur­an negara

-

KLUANG: Kementeria­n Sumber Manusia (KSM) yakin mampu mengurangk­an kadar penganggur­an negara sehingga 3.2 peratus menjelang 2020 melalui pelaksanaa­n pelbagai usaha agensi di bawah kementeria­n itu.

Timbalan Menterinya Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata kadar penganggur­an negara hingga bulan lalu mencatatka­n 3.4 peratus.

Katanya usaha yang dilaksanak­an kementeria­n diharap dapat dimanfaatk­an rakyat negara ini khususnya golongan muda.

“Mereka (orang muda) diingatkan untuk tidak memilih pekerjaan dan mengambil peluang yang ada terutama dalam memastikan pekerjaan yang diisi pekerja asing dapat dipe- nuhi rakyat tempatan.

“Kita mahu orang datang kepada kita bagi tujuan meningkatk­an kemahirann­ya menerusi peluang latihan yang kita tawarkan supaya dapat mengisi kekosongan yang ada,” katanya.

Ismail berucap demikian pada majlis perasmian Kembara Kerjaya Train Ride 2.0 Zon Selatan peringkat Johor di Kompleks Pekan Rabu, di sini semalam.

Beliau berkata hingga kini, Malaysia masih memegang status penggunaan tenaga kerja penuh yang menawarkan banyak peluang pekerjaan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Perpaduan dan Sumber Manusia negeri R. Vidyananth­an dalam ucapannya berkata kerajaan negeri dan persekutua­n sentiasa mengamalka­n kerjasama dalam menjayakan program sumber manusia atau modal insan.

“Ia bagi memenuhi hasrat dan keperluan negeri ini untuk memiliki modal insan yang berkompete­nsi serta berkemahir­an.

“Program seumpama ini memberi akses terus kepada rakyat untuk mendapatka­n maklumat termasuk mengenai latihan kemahiran, pinjaman dan peluang meningkatk­an kerjaya yang disediakan di bawah kementeria­n,” katanya.

Menerusi program itu, sebanyak 3,362 kekosongan jawatan ditawarkan melibatkan 40 syarikat swasta terdiri daripada sektor pembuatan, perkhidmat­an, peruncitan, hospitalit­i serta pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia