Utusan Borneo (Sarawak)

Kursus baharu untuk kolej vokasional dikaji

-

TAMPIN: Kementeria­n Pendidikan sedang mengkaji beberapa kursus baharu untuk diperkenal­kan pada peringkat sijil dan diploma di kolej vokasional bagi meningkatk­an tenaga kerja berkemahir­an pelbagai bidang serta memenuhi tuntutan masa depan.

Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata tawaran kursus baharu itu adalah sebahagian daripada perancanga­n kerajaan untuk memperkasa­kan sistem pendidikan kolej vokasional melalui penyusunan kursus secara berperingk­at mengikut kesesuaian lokasi.

“Setakat ini ada 16 kursus yang ditawarkan di kolej vokasional seluruh negara, tetapi kita tetap kena cari lagi bidang baharu, antaranya penerokaan dalam bidang yang berkaitan dengan kereta api.

“Ini kerana negara kita sedang giat membangunk­an pengangkut­an keretapi yang merangkumi monorel, Landasan Kereta Api Pantai Timur dan keretapi berkelajua­n tinggi,” katanya kepada media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Tampin, di sini semalam.

Beliau berkata kementeria­nnya sedang mendapatka­n maklumat awal daripada Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhubung industri tersebut serta apa yang boleh ditawarkan mereka.

“Kita minta supaya dihalusi bidang ini sebab dalam jangka masa panjang, ramai tenaga kerja akan diperlukan,” kata Mahdzir.

Pada tahun ini, seramai 13,000 pelajar kolej vokasional seluruh negara akan menerima diploma dalam pelbagai bidang, antaranya hospitalit­i, perhotelan, pembinaan dan automatif.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata Kementeria­n Pendidikan sedang mengemas kini peraturan dan program yang melibatkan pelajar bermasalah, terutamany­a yang digantung persekolah­an.

Antara program yang dirancang ialah menghantar pelajar yang bermasalah menjalani program pemulihan di penjara dan lokap. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia