Utusan Borneo (Sarawak)

129 kakitangan Maybank Sibu Cluster jaya gotong-royong di Kampung Hilir

-

SIBU: Seramai 129 kakitangan Maybank Sibu Cluster mengambil bahagian dalam projek gotong-royong diadakan di Kampung Hilir yang dirasmi Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Rogayah Jamain di sini semalam.

Menurut Koordinato­r Zon Tengah Maybank Shirley Tiew, acara itu dianjurkan oleh Cluster Maybank Sibu membabitka­n Cawangan Maybank Sibu Mega, Cawangan Maybank Sibu, Maybank Sibu Auto Finance Centre, Pusat Perniagaan Maybank Sibu, Pusat SME Maybank Sibu, Maybank Sibu Trade Investment Centre dan Maybank Etiqa Sibu dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Hilir 1 dan 2 serta disokong oleh Majlis Perbandara­n Sibu (MPS).

“Acara diadakan di bawah ‘Tanggungja­wab Korporat Global (Maybank) Global Maybank’ bertujuan menanam kesedaran di kalangan penduduk kampung tentang kepentinga­n menjaga kawasan sekitarnya agar sentiasa bersih.

“Zon sasaran terutama untuk rumah di tepi sungai yang mana sampah botol plastik dan sampah-sarap lain boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk,” katanya.

Shirley berkata, kakitangan Maybank dibahagi kepada 10 kumpulan di mana kumpulan ini juga disertai penduduk kampung juga ahli JKKK Kampung Hilir 1 dan 2.

Sementara itu, Rogayah dalam ucapannya memuji Cluster Maybank Sibu dan ahli JKKK Kampung Hilir 1 dan 2 atas usaha bersama mereka dalam menganjurk­an aktiviti sedemikian yang penuh bermakna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia