Utusan Borneo (Sarawak)

Pengusaha kraf manik perlu lebih kreatif, inovatif

Manfaatkan kreativiti untuk mempelbaga­ikan produk mengikut reka bentuk terkini dan moden: Hasbi

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Aktiviti menyulam kraf manik yang banyak diusahakan di Long Tuma, Lawas perlu diperluask­an pembuatann­ya di daerah Limbang dengan mempelbaga­ikan reka bentuk dan seni yang lebih halus dan moden.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, pembuatan kraf manik perlu dipelbagai­kan mengikut kreativiti terkini, selain menarik lebih ramai pengusaha baharu dalam menghadapi persaingan dengan kraf manik di tempat lain.

“Selain di Long Tuma, Lawas kraf manik juga perlu dihasilkan penduduk di daerah Limbang yang juga mempunyai kemahiran dalam bidang sama dalam usaha kita meningkatk­an pendapatan dan sumber ekonomi keluarga,” katanya pada Bengkel Kraf Manik Kabo di Dewan Bunga Raya semalam.

Turut hadir Timbalan Wali Kota Majlis Daerah Limbang Kaunselor Dahlan Dullah, pengerusi pengelola Kaunselor Maria Radu dan jemputan lain.

Hasbi berkata, pengusaha kraf manik perlu lebih kreatif, inovatif dan berdaya saing termasuk berfikiran jauh dengan mengadapta­si pembuatan kraf manik lebih moden sesuai dengan perkembang­an zaman.

“Sekarang kita dihujani dengan pelbagai teknologi yang lebih moden.

“Kita boleh menggunaka­n teknologi yang ada untuk menghasilk­an kraf manik kita yang lebih terkini dan moden,” ujarnya lagi.

Katanya, Limbang mem-

Sekarang kita dihujani dengan pelbagai teknologi yang lebih moden. Kita boleh menggunaka­n teknologi yang ada untuk menghasilk­an kraf manik kita yang lebih terkini dan moden. Hasbi Habibollah Ahli Parlimen Limbang

punyai potensi besar dalam pembuatan kraf manik jika ramai masyarakat berminat untuk menceburi bidang berkenaan.

Menurutnya lagi, banyak produk tempatan yang dihasilkan di daerah ini sudah mendapat nama dan dikenali di peringkat kebangsaan.

“Produk makanan kering, parang, jong sarat (songket) dan produk lain yang kita hasilkan juga sudah dikenali di luar.

“Ini menjadikan produk kita juga mendapat permintaan tinggi dan peluang ini perlu dimanfaatk­an untuk kita mengeluark­an produk sendiri,” katanya.

Selain kraf manik, katanya, kerajaan juga sedang mengenal pasti potensi pelanconga­n yang boleh dibangunka­n di utara negeri ini.

 ??  ?? SELAMAT: Beruang madu yang diselamatk­an kini berada di Pusat Hidupan Liar Matang. Manakala gambar kanan menunjukka­n rampasan timbunan kayu yang disamarkan bagi mengelak pengesanan dari udara.
SELAMAT: Beruang madu yang diselamatk­an kini berada di Pusat Hidupan Liar Matang. Manakala gambar kanan menunjukka­n rampasan timbunan kayu yang disamarkan bagi mengelak pengesanan dari udara.
 ??  ?? HALUS: Hasbi tertarik melihat penghasila­n kraf manik pada program tersebut. Turut kelihatan Maria (kanan).
HALUS: Hasbi tertarik melihat penghasila­n kraf manik pada program tersebut. Turut kelihatan Maria (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia