Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki dari Long Lama, Miri serah beruang madu jantan kepada SFC

-

KUCHING: Seorang lelaki dari Long Lama, Miri menyerahka­n beruang madu kepada Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) selepas menyedari dirinya boleh berhadapan dengan tindakan undangunda­ng yang serius kerana memiliki spesies dilindungi di negeri ini.

Menurut SFC dalam satu kenyataan semalam, beruang madu jantan berkenaan berada dalam simpanan lelaki tersebut sejak tiga bulan lalu, selepas diberikan oleh seorang rakan.

Bagaimanap­un, selepas menyedari beruang madu berkenaan merupakan antara spesies dilindungi, beliau menghubung­i pejabat SFC Miri baru- baru ini untuk menyerahka­nnya apabila bimbang atas kesejahter­aan haiwan tersebut.

“Pasukan Tindakan Pantas Hidupan Liar (SWAT) SFC Miri kemudian dikerahkan untuk ‘menyelamat­kan’ beruang madu tersebut dari Long Lama sebelum dibawa ke Pusat Hidupan Liar Matang di sini untuk pemeriksaa­n kesihatan dan pemulihan,” kata kenyataan tersebut.

Spesies itu dilindungi di bawah Ordinan Hidupan Liar Terlindung Sarawak 1998, di mana perbuatan membunuh, memelihara, membeli dan menjual haiwan itu adalah dilarang oleh undang-undang dan jika didapati bersalah, pe- salah boleh dipenjara setahun dan didenda RM10,000.

SFC turut melahirkan harapan agar sesiapa yang menyimpan haiwan-haiwan dilindungi seperti beruang madu atau lain- lain agar menyerahka­nnya kepada SFC sebelum tindakan diambil ke atas mereka.

Sementara itu, pegawai penguat kuasa SFC dari Pejabat Wilayah Sibu mematahkan operasi pembalakan haram di Sungai Sentebu, Jambu di Sarikei selepas menemui timbunan kayu di tepi jalan dalam rondaan pada Rabu lepas.

Kesemua kayu dengan jumlah 235 batang dengan anggaran jumlah 120 meter padu ditemui lalu dirampas apabila tidak mempunyai tanda rasmi dan dipercayai diambil secara haram dari hutan berhampira­n.

“Laporan telah dibuat di Balai Polis Sarikei. Kes itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa relevan untuk siasatan lanjut dan pelupusan,” kata kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan haram, sama ada perdaganga­n hidupan liar haram serta pembalakan haram di Sarawak, boleh menghubung­i hotline SFC menerusi talian 013-5722800 (Kuching), 0194827377 (Miri), 019-8195949 (Bintulu), dan 013-8035758 (Sibu).

 ??  ?? UNTUK KENANGAN: Delegasi Perbandara­n Zhaotong merakam kenangan bersama Dr Sim (enam kiri) dan Wee (lima kiri).
UNTUK KENANGAN: Delegasi Perbandara­n Zhaotong merakam kenangan bersama Dr Sim (enam kiri) dan Wee (lima kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia