Utusan Borneo (Sarawak)

Gira cadang benarkan pelajar guna telefon pintar di sekolah

-

SELANGAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin Christophe­r Gira Sambang mencadangk­an kepada Kementeria­n Pendidikan Malaysia ( KPM) supaya membenarka­n pelajar sekolah rendah dan menengah menggunaka­n telefon pintar di sekolah.

Katanya, ini akan membolehka­n serta memudahkan pelajar mendapatka­n pelbagai maklumat dan ilmu berkaitan dengan teknologi maklumat (IT) berasaskan pendidikan.

“Namun, penggunaan telefon pintar di kalangan pelajar di sekolah harus ada garis panduan dan peraturan tertentu supaya kemudahan tersebut tidak disalah guna.

“Memang penggunaan telefon pintar sangat perlu dan relevan ketika ini dan wajar dilaksanak­an di sekolah,” katanya pada Majlis Makan Malam Sempena Karnival Sukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan Sukan Antara Rumah SK Dijih di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Selangau Inting Nyami, Penghulu Andrewson Ngalai, Yang Dipertua PIBG SK Dijih, Rose Tandang dan Guru Besar SK Dijih, Nanong Randi.

Gira memberitah­u, pandangan negatif terhadap pelajar menggunaka­n telefon pintar boleh mengundang pelbagai masalah harus dikikis dan tidak relevan diperkatak­an.

Jelasnya, dunia masa kini mengharung­i zaman ledakan teknologi canggih boleh membuatkan semua urusan menjadi mudah.

Justeru, KPM harus mengkaji keperluan ini dan tidak melihat dari sudut negatif.

“Sekarang dunia tanpa sempadan. Begitu juga dengan ilmu tidak mengenal umur. Itulah kita mahu pelajar boleh belajar dengan gaya pembelajar­an baharu serba moden,” jelasnya.

Sementara itu, Gira mengumumka­n bahawa SK Dijih akan menjadi sekolah angkat Bahasa Inggeris.

“Seperti diarahkan Menteri Pendidikan, Sains dan Teknologi Penyelidik­an Dato Sri Michael Manyin Jawong, semua ADUN Sarawak dikehendak­i memilih sebuah sekolah di kawasan masingmasi­ng sebagai sekolah angkat Bahasa Inggeris.

“Oleh itu, saya memilih SK Dijih sebagai sekolah angkat di kawasan saya mulai tahun ini,” katanya.

Beliau memberitah­u teknik pelaksanaa­n rancangan sekolah angkat seperti ini akan dibincangk­an bersama dengan PIBG sekolah tersebut dalam masa terdekat.

Justeru, Gira berharap guru-guru dan ibu bapa dapat bekerjasam­a menjayakan rancangan pelajaran itu.

Pada majlis sama, Gira turut menghulurk­an geran sebanyak RM10,000 kepada PIBG SK Dijih.

 ??  ?? CENDERAMAT­A: Gira (kiri) menerima cenderamat­a daripada Rose sambil disaksikan Inting pada Majlis Makan Malam Sempena Karnival Sukan di Selangau.
CENDERAMAT­A: Gira (kiri) menerima cenderamat­a daripada Rose sambil disaksikan Inting pada Majlis Makan Malam Sempena Karnival Sukan di Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia