Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai rendah polis Bukit Aman maut ditembak

Mangsa dipercayai mencari maklumat ketika kejadian

-

ALOR SETAR: Seorang pegawai rendah polis maut ditembak dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra kelmarin.

Sub Inspektor Abu Hashim Ismail, 54, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, maut di tempat kejadian selepas terkena empat daripada enam tembakan yang dilepaskan ke arahnya, kata Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff.

Beliau berkata dalam kejadian jam 10.25 malam itu, mangsa sedang berbual di pekarangan rumah rakannya sebelum datang seorang lelaki yang bertindak melepaskan enam das tembakan dari luar pagar.

“Empat tembakan terkena bahagian belakang badan mangsa menyebabka­n mangsa maut di tempat kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di sini semalam.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki berusia 35 tahun yang juga rakan mangsa dan memburu dua lagi, masing-masing berusia 30 dan 36 tahun, bagi membantu siasatan, katanya.

“Kita percaya kejadian ini ada kaitan dengan aktiviti pembantera­san di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang sedang dilakukan di

Kita percaya kejadian ini ada kaitan dengan aktiviti pembantera­san di bawah Akta Pencegahan Jenayah (POCA) yang sedang dilakukan di Bukit Kayu Hitam sejak dua minggu lalu. Datuk Asri Yusoff Ketua Polis Kedah

Bukit Kayu Hitam sejak dua minggu lalu,” katanya.

Asri berkata polis juga percaya mangsa yang sedang bercuti pergi ke rumah rakannya itu bagi mendapatka­n maklumat berkaitan kumpulan gengster dan penyeludup­an di sempadan Bukit Kayu Hitam.

Mengulas perkembang­an lain, beliau berkata polis menembak mati seorang lelaki yang disyaki ketua kongsi ge- lap ‘Geng 36’ dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam.

“Kita membuat serbuan di rumah suspek di Lagenda Heights, Sungai Petani.

Selepas anggota polis memperkena­lkan diri, suspek dipercayai lari ke tingkat atas rumah dan bersembuny­i di dalam bilik air.

“Suspek kemudian melepaskan satu das tembakan ke arah polis dan pihak polis kemudianny­a melepaskan empat das tembakan yang mengenai suspek,” katanya.

Asri berkata lelaki berusia 30-an itu disenaraik­an sebagai penjenayah dikehendak­i. Pemeriksaa­n polis di rumah suspek menemui tiga peket lut sinar berisi tumbuhan kering disyaki ganja seberat 62.47 gram, dua peket berisi serbuk putih dipercayai dadah jenis heroin seberat 27.8 gram dan sepucuk pistol jenis Bernardell­i. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIKEHENDAK­I: Asri menunjukka­n gambar dua suspek yang diburu berhubung kes seorang pegawai polis berpangkat Sub Inspektor yang maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra, semalam, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...
— Gambar Bernama DIKEHENDAK­I: Asri menunjukka­n gambar dua suspek yang diburu berhubung kes seorang pegawai polis berpangkat Sub Inspektor yang maut ditembak di sebuah rumah di Taman Sri Hosba, Changlun, Jitra, semalam, ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia