Utusan Borneo (Sarawak)

Tampil lapor laman sosial pesong akidah umat Islam: Jailani

-

KUALA NERUS: Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari meminta orang ramai tampil memberi maklumat kiepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berkaitan laman sosial yang boleh memesongka­n akidah umat Islam di negara ini.

Beliau berkata selain itu, SKMM berkerjasa­ma dengan agensi berkaitan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyiasat perkara itu sebelum tindakan undangunda­ng diambil terhadap pihak yang terlibat.

“Laman sosial sedemikian sepatutnya tidak wujud kerana jelas dinyatakan di dalam Perlembaga­an Malaysia bahawa Islam adalah agama rasmi, dan perbuatan yang menjurus kepada memesongka­n akidah umat Islam ini jelas menyalahi perlembaga­an.

“Bagaimanap­un, apa jua penyalahgu­naan yang dilakukan di Internet yang boleh memesongka­n akidah, memecahbel­ahkan masyarakat seperti fitnah dan sebagainya, SKMM akan terlebih dahulu merujuk kepada agensi berkaitan kerana tindakan undang-undang nuakn di bawah akta multimedia sahaja tetapi turut melibatkan aktaakta berkaitan agensi lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Program MyMerdeka @60 peringkat negeri, di sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid.

Baru-baru ini, sekumpulan anak Melayu beragama Islam dikesan menyertai kelab yang tidak mempercaya­i kewujudan Tuhan, Atheist Republic Kuala Lumpur, selepas perjumpaan mereka di Kuala Lumpur disiarkan menerusi laman Facebook rasmi Atheist Republic. Atheist Republic dipercayai berpangkal­an di Kanada dan diasaskan oleh Armin Navabi, seorang lelaki kelahiran Teheran, Iran.

Mengulas tindakan PAS yang mendakwa rakaman video peristiwa berdarah Memali pada 1985 disiarkan semula di media sosial dan televisyen atas arahan kerajaan, Jailani berkata isu itu akan disiasat dahulu sebelum tindakan selanjutny­a diambil oleh SKMM.

“Kerajaan tidak boleh menghalang pemilik laman sosial termasuk stesen televisyen menyiarkan semula rakaman peristiwa berdarah Memali itu yang berlaku pada November 1985. “Tetapi, jika rakaman itu boleh menimbulka­n ketegangan kaum, tiada masalah untuk kita mengarahka­n SKMM untuk menghentik­an penyiaran rakaman video itu,” katanya.

Rakaman video itu tular menerusi aplikasi dan laman media sosial seperti WhatsApp dan Facebook sejak kekecohan berlaku pada program ‘ Nothing to Hide 2.0’ yang dihadiri bekas Pengerusi Persatuan Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam pada Sabtu lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia