Utusan Borneo (Sarawak)

Akauntan rugi RM80,000 apabila rumahnya dipecah masuk

-

GEORGE TOWN: Seorang akauntan sebuah kilang kerugian RM80,000 apabila rumahnya di Pesara Mahsuri 5, Bayan Lepas, dekat sini dipecah masuk ketika lelaki itu keluar bekerja kelmarin.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A. Anbalagan berkata berdasarka­n laporan polis dibuat lelaki berusia 43 tahun itu, mangsa hanya menyedari rumah yang didiaminya itu dimasuki pencuri selepas pulang dari tempat kerja kira- kira jam 6.30 petang dan mendapati lampu di dalam rumah teres satu tingkat itu menyala.

“Lelaki itu keluar bekerja jam 8 pagi dan sebaik tiba di rumahnya dia mendapati keadaan di dalamnya berselerak. Apabila dia membuat pemeriksaa­n dia mendapati tujuh utas jam tangan pelbagai jenama, pelbagai mata wang, rantai emas dan pasport miliknya hilang.

Terdapat CCTV di rumah mangsa tetapi suspek turut melarikan dekoder CCTV itu. Lelaki itu tinggal bersendiri­an,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata polis percaya kejadian itu dilakukan oleh lebih daripada seorang suspek yang memasuki rumah itu melalui siling dan keluar menerusi pintu belakang. dan menurut jirannya, dia terdengar bunyi bising seperti orang membaiki bumbung kira-kira jam 2 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menahan dua remaja lelaki berumur 17 dan 19 tahun yang disyaki geng curi motosikal dan pecah rumah yang aktif di Bukit Mertajam sejak awal tahun ini.

Beliau berkata kedua-dua remaja itu ditahan di sebuah rumah di Padang Ibu, Kubang Semang pada 4 petang kelmarin dan polis turut merampas sebuah motosikal curi menggunaka­n nombor pendaftara­n palsu, pelbagai komponen motosikal yang dileraikan serta peralatan mencuri antaranya spanar, allen key yang telah diasah, pemutar skru dan parang.

“Mereka mengaku mencuri motosikal di kawasan pasar raya dan meleraikan komponenny­a.

Ada motosikal yang dicuri itu dijual kepada mat rempit untuk lumba haram. Dua remaja itu direman empat hari untuk siasatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia