Utusan Borneo (Sarawak)

PEKIRA mahu SPRM siasat peniaga tanpa lesen

-

KUALA LUMPUR: Parti Ekonomi Rakyat Malaysia ( PEKIRA) meminta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) menjalanka­n siasatan ke atas peniaga yang beroperasi tanpa lesen di Selangor. Presidenny­a Mohd Ridzuan Abdullah berkata siasatan itu perlu dilakukan susulan banyak aduan yang diterima berhubung kegiatan peniaga tanpa lesen selain menindas penjaja dan peniaga kecil di negeri itu.

“Sebelum ini kita terima banyak aduan melalui SMS, aplikasi WhatsApp, e-mel dan panggilan telefon tentang kegiatan peniaga tanpa lesen.

Saya minta SPRM turun padang siasat pengusaha ataupun peniaga contohnya di Kajang yang kebanyakan­nya tidak mempunyai lesen,” katanya kepada pemberita pada pelancaran Bazar Taman Melawati, di sini semalam.

Beliau berkata rakyat di Selangor khususnya peniaga kecil perlu menilai semula keupayaan wakil rakyat yang dipilih kerana mereka seharusnya memperjuan­gkan hak peniaga kecil di negeri itu termasuk isu air yang masih belum diselesaik­an sehingga ke hari ini.

“Isu air ini perlu diselesaik­an segera.

Peniaga susah kerana mereka perlu bekalan air (untuk berniaga) kalau tidak ia akan menjejaska­n perniagaan mereka. Diharap kerajaan negeri Selangor berbincang dengan kerajaan pusat. Rakyat sengsara kerana selalu ada gangguan bekalan air sedangkan kerajaan pusat sedia membantu untuk menyelesai­kan masalah air ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ridzuan berkata pihaknya masih menunggu kelulusan Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan ( ROS) mengenai permohonan penubuhan parti itu bagi memperjuan­g nasib usahawan, peniaga kecil dan masalah rakyat di negara ini.

“Minggu lepas saya berjumpa pengarah Bahagian Pertubuhan di Putrajaya.

Mereka akan dari semasa ke semasa maklumkan kepada saya apa yang perlu ditambah baik atau diubah dari segi perlembaga­an dan sebagainya,” jelasnya. Beliau menjangkak­an kelulusan itu akan diperoleh bulan depan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia