Utusan Borneo (Sarawak)

Remaja maut, rakan cedera jatuh dari tingkat 8 bangunan

-

KOTA KINABALU: Seorang remaja lelaki maut manakala rakannya cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan bangunan Blok 2, ApiApi Centre, dekat sini, malam kelmarin.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M. Chandra berkata dalam kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu, kedua-dua mangsa berusia 15 dan 16 tahun itu ditemui oleh pengawal keselamata­n yang membuat pemeriksaa­n di Tingkat 2 blok berkenaan selepas terdengar bunyi seperti benda jatuh dari bahagian atas bangunan.

“Siasatan awal di tempat ke- jadian mendapati dua mangsa itu terbaring di lobi Tingkat 2, seorang tidak sedarkan diri dengan terdapat kesan cedera di bahagian kepala dan kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) 2.

“Manakala seorang lagi mangsa dalam keadaan cedera tetapi masih boleh bergerak. “Siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa terjatuh dari bumbung Blok 2 (bangunan setinggi lapan tingkat).

Pemeriksaa­n lanjut di bumbung itu, polis menemui plastik berwarna oren berisi tin gam, sebuah plastik putih berisi gam dan dua pasang selipar.

“Dipercayai kedua- dua mangsa menghidu gam sebelum mangsa terjatuh,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian dibawa ke HQE 1 untuk bedah siasat dan kes itu diklasifik­asikan sebagai mati mengejut, manakala mangsa cedera dibawa ke HQE 2 untuk rawatan lanjut. Polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia