Utusan Borneo (Sarawak)

Ingat konsep ‘putaran roda’: Najib

Beri peluang kepada pemimpin seterusnya untuk sambung perjuangan

-

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam meminta pemimpin terdahulu supaya mengingati konsep ‘ putaran roda’, dengan memberi peluang kepada pemimpin seterusnya untuk menyambung perjuangan mengikut cara tersendiri.

Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, pemimpin sedia ada sepatutnya diberi kepercayaa­n untuk meneruskan perjalanan dan legasi sebelum ini memandangk­an perjuangan berasaskan idealisme tidak boleh diselesaik­an dalam masa yang singkat.

“Sebab dalam hidup kita ada putaran roda..satu hari kita akan turun dan bila turun kita sokong pula orang naik barulah perjuangan kita kesampaian dan kepimpinan kita dapat barakah sebab orang akan menghargai (dan) menilai jasa dan legasi kita.

“Ini barulah konsep kepemimpin­an.. bukan bila kita tak ada jawatan kita nak jahanamkan, nak kutuk, nak lihat parti yang terlalu banyak jasa pada kita, tertiarap.

Ini bukan perangai orang yang sayang UMNO..,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di sini semalam yang dihadiri lebih 1,000 perwakilan.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian Datuk Ir Nawawi Ahmad.

Perdana menteri berkata, beliau sendiri meneruskan legasi dan perjuangan lima perdana menteri terdahulu dengan melakukan ‘tambah nilai’ kepada setiap asas

Sebuah parti lebih besar daripada individu, untuk itu kita kena pertahanka­n parti ini..jika UMNO diibaratka­n sebagai sebuah kapal besar, kita tidak boleh menebuk kapal itu kerana akhirnya kita tidak akan dapat membawa penumpang kita menuju ke destinasi. Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri

perjuangan­tersebut, bukannya menjahanam­kan apa yang telah dibina selama ini.

“Saya masih ingat dan saya tidak mudah lupa.. saya tidak mudah lupa.. saya masih ingat seorang pemimpin itu berkata, kalau kita tiada jawatan kita perlu sokong orang baharu sebab bila kita jadi pemimpin orang lain pula sokong kita, sebab itu kita berjaya,” katanya.

Namun, katanya, apa yang berlaku ketika ini adalah sebaliknya apabila pemimpin berkenaan dlihat cuba menghancur­kan parti keramat UMNO yang sudah pun berusia 71 tahun itu. “Kalau dulu lawan sekarang kawan, dulu kawan sekarang lawan.. ini apa..ini bukannya prinsip moral dalam politik, ini politik kerana marah, kecewa dan lupa asas dan nilai perjuangan,” katanya.

Katanya sejarah telah membuktika­n bahawa manamana pemimpin terdahulu yang meninggalk­an UMNO, akhirnya akan menyedari bahawa mereka tidak kuat tanpa parti itu, seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri mereka.

“Misalnya, Datuk Onn Jaafar ( pengasas UMNO) meninggalk­an parti dan menubuhkan parti Negara, tapi tak boleh ( setanding UMNO) juga,” katanya.

Mengibarat­kan dirinya sebagai ‘ pohon rendang’, Najib berkata beliau sedar dirinya tidaklah sekuat mana tanpa UMNO dan anggotanya di belakang, namun beliau berharap 3 juta anggota yang menunjangi parti itu agar terus memberikan sokongan penuh dan tidak membiarkan dirinya berseorang­an.

“Sebuah parti lebih besar daripada individu, untuk itu kita kena pertahanka­n parti ini..jika UMNO diibaratka­n sebagai sebuah kapal besar, kita tidak boleh menebuk kapal itu kerana akhirnya kita tidak akan dapat membawa penumpang kita menuju ke destinasi,” katanya.

Menyentuh mengenai Parlimen Langkawi, Najib berkata beliau akan terus memberikan perhatian serius terhadap pembanguna­n pulau legenda itu ke tahap yang lebih tinggi.

“Jadi janganlah gusar wahai orang Langkawi, janganlah gabra UMNO Langkawi kerana kerajaan pimpinan UMNO akan terus pastikan Pulau Langkawi ini akan maju lebih hebat lagi pada masa akan datang,” katanya dan berjanji akan mengekalka­n status Pulau Bebas Cukai di Langkawi.

Najib berkata, kerajaan banyak menyalurka­n peruntukan untuk Parlimen berkenaan misalnya melalui pembesaran Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi yang bernilai RM89 juta, menaik taraf jeti Kuah serta projek bekalan elektrik di Pulau Tuba.

“Selagi ada UMNO dan BN, masa depan kawasan ini akan cemerlang, jangan bimbang saya nak bawa banyak lagi kemajuan untuk Pulau Langkawi,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Najib (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada veteran UMNO pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) dekat Langkawi.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Najib (tengah) menyampaik­an sumbangan kepada veteran UMNO pada Majlis Perasmian Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Langkawi di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) dekat Langkawi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia