Utusan Borneo (Sarawak)

GERAKAN cabar Kit Siang bertanding di P. Pinang

-

KUALA LUMPUR: GERAKAN semalam mencabar Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk bertanding menentang Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri itu Teng Chang Yeow di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Presidenny­a Datuk Seri Mah Siew Keong berkata jawatankua­sa pusat memu- tuskan untuk meletakkan Teng sebagai calon kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang bagi merampas kembali kerajaan negeri itu daripada DAP.

“Sebelum ini, kami membuat keputusan untuk tidak mencalonka­n Teng bagi memberi laluan kepada muka baharu namun, demi mencabar Kit Siang, kami meletakkan Teng sebagai calon PRU14 di Pulau Pinang,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat GERAKAN di sini, semalam.

Selasa lepas, laporan akhbar memetik Teng, yang juga Pengerusi GERAKAN Pulau Pinang, meminta pemimpin veteran DAP itu meninggalk­an kawasan Gelang Patah untuk memberanik­an diri berdepan pengundi di Pulau Pinang.

Teng berkata sekiranya Kit Siang bertanding di Pulau Pinang, beliau tidak akan teragak-agak untuk menyahut cabaran itu bagi merampas kembali negeri itu dari DAP.

Sementara itu, Mah ber- kata pihaknya sudah bersiap sedia dengan senarai pendek semua nama calon yang akan bertanding kerusi Parlimen dan DUN pada PRU14.

“Kami sudah membuat persiapan dari peringkat akar umbi ke jawatankua­sa untuk membantu kemenangan BN pada PRU14 nanti,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TETAP BERSATU: Hishammudd­in (tengah) berganding­an tangan dengan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar, di Kuantan, semalam.
— Gambar Bernama TETAP BERSATU: Hishammudd­in (tengah) berganding­an tangan dengan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar, di Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia