Utusan Borneo (Sarawak)

Ajak Hindraf sertai pembangkan­g, Mahathir terdesak: Hishammudd­in

-

KUANTAN: Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein menyifatka­n tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu kumpulan hak asasi Hindraf untuk menarik kumpulan itu menyertai pakatan pembangkan­g sebagai terdesak.

Hishammudd­in yang juga Menteri Pertahanan berkata langkah itu juga dilihat membelakan­gkan pimpinan lain Pakatan Harapan apabila ia dilakukan tanpa perbincang­an dengan mereka terlebih dahulu.

“Nampak tidak ada kesepakata­n di situ dan tindakan Tun (Dr Mahathir) ini mungkin satu tindakan terdesak kerana membelakan­gkan sendiri kepimpinan pakatan mereka... ini kerana nafsu, mungkin pertimbang­an peribadi dan emosi.

“Ini satu petanda apabila semakin dekat pilihan raya, saya lihat semakin terserlah keretakan pakatan antara mereka.

Bukan mudah sebenarnya untuk mentadbir sebuah negara yang majmuk ini, nak tuding jari salahkan UMNO memang mudah.

“Ini belum tubuh kerajaan lagi, baharu sahaja nak menjelang pilihan raya (mereka) sudah tidak ada kesepakata­n,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Mohd Shahar Abdullah.

Hishammudd­in berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa tindakan Dr Mahathir mengajak Hindraf menyertai pembangkan­g tidak pernah dibincangk­an sebelum ini oleh pimpinan tertinggi pakatan pembangkan­g.

Beliau berkata keadaan itu jelas menunjukka­n gabungan pembangkan­g tiada kesepakata­n dalam banyak perkara, dan jika perkara itu sekiranya mereka diberikan peluang menjadi kerajaan nanti, sudah tentu ia menjejaska­n keamanan dan keharmonia­n negara.

“Saya harap rakyat dapat menilai sendiri, jangan kita gadaikan keamanan dan keharmonia­n… (parti) yang ada sebagai alternatif ini sebenarnya bukan pilihan baik,” katanya.

S e m e n t a r a itu,Hishammudd­in berkata pihaknya kini menjelajah ke 22 daripada 191 bahagian di seluruh negara bagi memberi penerangan kepada akar umbi tentang manual garis panduan pilihan raya umum ke-14 untuk membantu kemenangan parti dan BN menerusi beberapa siri bengkel dan taklimat.

Manual itu, antara lain, mengandung­i strategi untuk menawan hati pengundi termasuk golongan muda, tentera dan kakitangan kerajaan yang lain serta pembahagia­n tugas termasuk gerakan bersepadu menerusi Jalinan Rakyat (JR) oleh Wanita, Pemuda dan Puteri bagi memenangka­n calon BN.

“Pergerakan kita kali ini berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dan sasaran telah dikenal pasti. Pendekatan baharu telah pun kita terangkan di peringkat pemukiman UMNO dan BN serta mendapat restu daripada pengurusan Majlis Tertinggi dan UMNO Bahagian negeri.

“Sebab itu, saya berharap momentum yang saya lihat di bahagian-bahagian (UMNO) dapat diteruskan, hal yang berkaitan calon, hal yang berkaitan masalah dalam kita selesakan secara biasa. Ini kelebihan yang ada pada kita,” katanya.

Beliau turut berharap manual sama dapat disesuaika­n oleh semua parti komponen kerana ada kawasan tertentu yang memerlukan kesungguha­n dan semangat tinggi daripada parti komponen supaya kerajaan sedia ada dapat dikekalkan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia