Utusan Borneo (Sarawak)

Shahrir Samad setuju jadi pengerusi FELDA sebab ia institusi unik

-

JITRA: Tan Sri Shahrir Abdul Samad berkata beliau bersetuju menjadi pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutua­n (FELDA) kerana ia merupakan satu institusi yang unik dan tidak terdapat di negara lain.

Shahrir berkata ini kerana FELDA diwujudkan oleh pemimpin UMNO terdahulu semata- mata untuk membangunk­an masyarakat terutama bangsa Melayu dalam usaha meningkatk­an taraf kehidupan mereka.

“Saya tidak minta untuk jawatan itu tetapi saya tidak menolak kerana FELDA ini unik dan tidak ada di negara lain.

“Ia hanya ada di Malaysia sahaja dan kini banyak negara luar bertanyaka­n kita bagaimana untuk mewujudkan institusi ini di tempat mereka kerana melihat akan kejayaanny­a,” katanya ketika berucap merasmikan persidanga­n perwakilan UMNO Bahagian Kubang Pasu di sini, semalam.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu, Datuk Seri Mohd Johari Baharum dan bekas menteri besar Kedah dan ketua UMNO bahagian itu Tan Sri Osman Aroff.

Beliau berkata penubuhan FELDA pastinya tidak dapat dipisahkan dengan negarawan ulung yang juga pemimpin UMNO Allahyarha­m Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua ketika itu dan sebab itu masyarakat di negara ini perlu mempertaha­nkan apa yang telah dibina oleh pemimpin terdahulu.

“Sepatutnya kita memperkuku­hkan lagi asas yang telah dibina ini dan bukannya bercita-cita untuk menguasai negara kerana demi nafsu, dendam dan bercita- cita politik,” katanya.

Shahrir yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) dan ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata kejayaan Malaysia itu sewajarnya perlu dibanggaka­n dan sebagai rakyat ia perlu mempertaha­nakan apa yang ada.

“Janganlah ada pihak yang membawa cerita yang bukanbukan kepada rakyat kononnya untuk selamatkan itu atau nak selamatkan ini kerana ia tidak membawa apa-apa kebaikan,” katanya.

Beliau juga turut mengingatk­an pembangkan­g agar tidak memomokkan kepada rakyat dengan pelbagai andaian seperti kononnya hutang negara tinggi.

“Sudahlah..ini benda lama yang diulang- ulang dan dimomok- momokkan sedangkan pada hakikatnya negara kita terus mencatat kemajuan demi kemajuan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia