Utusan Borneo (Sarawak)

CHAN: Maghribi menang selesa 3-1 ke atas Mesir

-

JOHANNESBU­RG: Tiga jaringan pantas membolehka­n Maghribi mencatatka­n kemenangan 3-1 di halaman sendiri ke atas Mesir kelmarin dan tempat di Kejohanan Negara Afrika 2018 (CHAN) di Kenya.

Pasukan Maghribi memenangi perlawanan kelayakan pusingan terakhir dengan agregat 4-2 selepas mereka bangkit untuk seri 1-1 dalam rangka pertama di Iskandaria­h pada hujung minggu lepas.

Selepas babak pertama tanpa jaringan di Rabat, Jawad Yamiq memecah kebuntuan pada minit ke-50 dan Abderrahim Maqran serta Badr Belhrouz melebarkan kelebihan itu kepada tiga gol.

Hamid Hossam menjaringk­an gol saguhati lewat untuk Mesir, yang tampil buat julung kalinya dalam pertanding­an dwitahunan itu bagi pemain bola sepak yang berpangkal­an di dalam negara.

Libya seri 1-1 dengan Algeria di bandar Sfax, Tunisia, untuk mara dengan agregat 3- 2 setelah kemenangan mengejut 2-1 pada rangka pertama tujuh hari lalu.

Algeria mesti menjaringk­an sekurang-kurangnya dua gol untuk terus hidup dan menjaringk­an gol pendahulua­n pada pertengaha­n babak pertama apabila Sofiane Bendebka menolak masuk bola yang melantun balik.

Namun pemenang perlawanan rangka pertama Muaid Ellafi menyamakan kedudukan pada malam itu dalam masa tambahan babak pertama dan Libya menangkis asakan Algeria dalam masa 45 minit terakhir perlawanan.

Pasukan tuan rumah Kenya layak secara automatik bagi kejohanan CHAN yang disertai 16 buah pasukan pada Januari dan Februari tahun depan.

Equatorial Guinea layak tanpa menendang bola setelah pasukan lawan Gabon menarik diri sebelum perlawanan rangka pertama.

Dua belas lagi perlawanan rangka kedua berlangsun­g dari semalam hingga Selasa. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawnan Ligue 1 di antara Metz dan Monaco di Stadium Saint-Symphorien di Metz. Monaco menang 1-0.
— Gambar AFP CARI RUANG: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawnan Ligue 1 di antara Metz dan Monaco di Stadium Saint-Symphorien di Metz. Monaco menang 1-0.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia