Utusan Borneo (Sarawak)

Bundesliga dalam percubaan guna VAR

Teknologi itu bantu Bayern mulakan musim dengan kemenangan 3-1 ke atas Leverkusen

-

BERLIN: Robert Lewandowsk­i menjaringk­an tendangan penalti di separuh masa kedua, selepas ia diberikan ekoran campur tangan penolong pengadil video (VAR), ketika juara Bayern Munich membuka musim Bundesliga 2017/2018 dengan kemenangan 3-1 ke atas Bayer Leverkusen kelmarin.

VAR sedang dicuba dalam Bundesliga pada musim ini dan memainkan peranan buat pertama kali untuk mengesan bahawa Lewandowsk­i dikasari dalam kawasan penalti pada babak kedua.

Penyerang Poland itu merembat masuk tendangan penalti untuk meletakkan Bayern 3-0 di hadapan selepas dua pemain baharu, iaitu pemain pertahanan Jerman, Niklas Suele, dan pemain tengah Perancis, Corentin Tolisso, menjaringk­an gol dengan tandukan di separuh masa pertama.

Leverkusen sewajarnya merapatkan jurang dengan satu gol selepas ketinggala­n 3-0 apabila penyerang Swiss, Admir Mehmedi, melengkapk­an gerakan yang rancak dengan rembatan kencang.

“Ia adalah hari yang istimewa untuk saya – perlawanan pertama saya untuk kelab baharu saya dan gol pertama saya, ia menyenangk­an hati,” kata Suele.

Pemain pertahanan Jerman di Leverkusen, Jonathan Tah, menyesali permainan buruk p a s u k a n n y a pada babak pertama.

Pada malam pembukaan yang dramatik, permulaan babak kedua turut ditangguhk­an selama 15 minit apabila hujan lebat melanda stadium.

Selepas memenangi kejuaraan liga Jerman pada musim lepas – kelima berturut-turut bagi mereka – dengan kelebihan 15 mata, kemenangan besar di Munich membayangk­an Bayern tidak ada keinginan untuk melonggark­an genggaman ketat mereka ke atas kejuaraan B u n - d e s - liga.

Ia adalah hari yang istimewa untuk saya – perlawanan pertama saya untuk kelab baharu saya dan gol pertama saya, ia menyenangk­an hati. Niklas Suele Pemain Bayern Munich

Pasukan tuan rumah bermain tanpa beberapa bintang yang cedera di Allianz Arena, Munich, yang dilanda hujan termasuk kapten baharu kelab Manuel Neuer, pemain pertahanan Jerome Boateng dan pemain ba- haru James Rodriguez.

Bagaimanap­un, Bayern memerlukan hanya sembilan minit sahaja untuk menjaringk­an gol pendahulua­n.

Suele, pemain pertahanan tengah, menanduk masuk bola dari tendangan percuma Sebastian Rudy.

Bayern menggandak­an kelebihan mereka apabila Tolisso, pemain termahal kelab yang berharga 41.5 juta euro (RM199.2 juta) dari Lyon, menanduk masuk pada minit ke-18.

Hujan lebat kemudian memaksa permulaan babak kedua ditangguhk­an selama 15 minit.

Stadium kosong seketika pada waktu rehat apabila penyokong mencari pelindunga­n sebelum memenuhi semula tempat duduk mereka yang basah.

J u r u l a t i h b a h a r u Leverkusen, Heiko Herrlich, membuat dua perubahan bagi tempoh 45 minit kedua sebagai tindak balas kepada pertahanan pasukannya yang buruk di separuh masa pertama.

Pemain sayap Jerman, Julian Brandt, menggantik­an tempat pemain Jamaica, Leon Bailey, manakala pemain pertahanan Aleksandar Dragovic menggantik­an pemain baharu Sven Bender di posisi pertahanan tengah.

Ia tidak mengubah apa- apa dan apabila pemain antarabang­sa Chile, Charles Aranguiz, menjatuhka­n Lewandowsk­i ketika Bayern melancarka­n serangan, VAR mengesan kekasaran tersebut dan penyerang Poland itu menjaringk­an tendangan penalti yang diberikan pada minit ke-53.

Beberapa minit kemudian, pengganti Neuer, Sven Ulreich, membuktika­n nilainya sebagai penjaga gol Bayern untuk menafikan Brandt dan kemudian Dominik Kohr berturut-turut.

Selepas sejam perlawanan berlangsun­g, kapten gantian Bayern, Thomas Mueller, memberi laluan kepada Arjen Robben.

Leverkusen menunjukka­n semangat apabila hantaran Brandt mendapati Mehmedi tidak dijaga pada minit ke65 dan pemain antarabang­sa Switzerlan­d itu menyumbat gol mereka. — AFP

 ?? — Gambar AFP — Gambar Reuters ?? TERBAIK: Pemain Bayern meraikan gol kedua pasukan mereka hasil jaringan Suele pada aksi Bundesliga menentang Bayer Leverkusen. CEMERLANG: Tolisso meraikan gol jaringan pada perlawanan itu.
— Gambar AFP — Gambar Reuters TERBAIK: Pemain Bayern meraikan gol kedua pasukan mereka hasil jaringan Suele pada aksi Bundesliga menentang Bayer Leverkusen. CEMERLANG: Tolisso meraikan gol jaringan pada perlawanan itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia