Utusan Borneo (Sarawak)

Lupakan ‘sumpahan’ Wembley, salahkan diri sendiri jika kalah

-

LONDON: Pengurus Tottenham Hotspur Mauricio Pochettino berkata pasukannya hanya boleh menyalahka­n diri mereka sendiri jika mereka tidak menyesuaik­an diri di Wembley pada musim ini.

Spurs tidak begitu berjaya di Wembley pada musim lepas setelah memindahka­n perlawanan di halaman sendiri dalam Liga Juara-Juara ke sana dan akan mengadakan semua perlawanan di halaman sendiri di stadium tersebut pada musim ini sementara White Hart Lane dibina semula.

Rekod mereka yang buruk di stadium kebangsaan telah mencetuska­n cakap- cakap mengenai pembawa sial di Wembley, tetapi menjelang pertemuan pada malam ini dengan juara Liga Perdana Inggeris ( EPL) Chelsea, Pochettino tidak mengendahk­annya.

“Wembley bukan masalah. Kamilah masalah jika kami tidak menang seperti pada musim lepas,” kata pengurus dari Argentina itu, yang menyaksika­n pasukannya menduduki tempat kedua di belakang Chelsea pada musim lepas.

“Jika kami tidak dapat menang di sana, ia bukan kerana Wembley, ia adalah kerana kami. Ia adalah tempat paling mengujakan untuk bermain bola sepak.

“OK, ia adalah sukar untuk berpindah dari White Hart Lane ke Wembley (pada musim lepas) dan ia adalah alasan yang amat baik bagi semua orang. Sekarang ia bukan alasan.”

Sejak Wembley dibuka semula pada 2007 setelah pembinaan semula, rekod Tottenham di sana ternyata buruk sekali, dengan hanya dua kemenangan sahaja untuk ditunjukka­n dari 10 lawatan mereka.

Mereka tewas dua kali di sana dalam fasa kumpulan Liga Juara-Juara pada musim lepas, kepada Monaco dan Bayer Leverkusen, dan sudah dikalahkan dalam tiga perlawanan separuh akhir Piala FA, termasuk kekalahan 4-2 oleh Chelsea pada musim lepas.

Selain ketakbiasa­an d e n g a n stadium, S p u r s mesti juga membiasaka­n diri dengan padang yang jauh lebih besar.

Permukaan permainan Wembley adalah 105 meter panjang dan 69 meter lebar, berbanding 100 m x 67 m di White Hart Lane.

Pochettino membesarka­n satu padang di pangkalan latihan Spurs di Enfield, utara London, untuk menyamai dimensi Wembley bagi membantu pemainnya menyesuaik­an diri dengan permukaan yang lebih besar.

Langkah keselamata­n bagi perlawanan menentang Chelsea bermakna Tottenham tidak akan dapat mengisi kesemua 90,000 kerusi di Wembley, jadi mereka mungkin perlu menunggu untuk mencipta rekod baharu bagi kehadiran dalam EPL.

Rekod sekarang adalah 76,073, yang dicipta ketika Manchester United m e n e r i m a k u n j u n g a n Aston Villa di Old Trafford pada Januari 2007. — AFP

 ??  ?? POCHETTINO
POCHETTINO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia