Utusan Borneo (Sarawak)

Badi kekalahan terus menghantui

Malaysia gagal menyaingi musuh tradisi ‘Gajah Putih’ dalam takraw

-

KUALA LUMPUR: Skuad sepak takraw negara gagal menyaingi kehebatan musuh tradisi Thailand setelah tewas 0-3 pada perlawanan terakhirli­gasepusing­an di Stadium Titiwangsa, semalam.

Regu pertama negara yang diketuai Mohd Farhan Adam bermula goyah apabila tewas straight set 15-21, 17-21.

Thailand ternyata bukan lawan Malaysia apabila regu kedua negara mudah dijinakkan regu negara Gajah Putih itu dengan catatan mata 10-21, 6-21.

Seakan mahu memadamkan luka yang tercalar, regu ketiga negara turun dengan penuh bersemanga­t, namun kehandalan Thailand su- kar digugat apabila mereka menewaskan regu terakhir negara dengan keputusan 21-9, 21-8. Kekalahan itu menyaksika­n skuad ne g a r a terus kempunan untuk me n j u a r a i acara itu selama 26 tahun yang kali terakhir dimenangi pada Sukan SEA Manila 1991.

Kemenangan Thailand itu bermakna anak buah Kamol Tankinhong menggondol pingat emas kali ke-12 berturut-turut sejak Sukan SEA Singapura 1993.

Indonesia menyambar pingat perak setelah mengumpul keseluruha­n empat mata hasil kemenangan 3-0 ke atas Brunei hari ini dan Malaysia juga dengan 3-0 (semalam).

Walaupun Malaysia menamatkan pertanding­an di tempat ketiga dengan mengumpul dua mata keseluruha­n, skuad negara tetap perlu berkongsi pingat gangsa bersama Brunei yang menduduki tangga tercorot berdasarka­n format kejohanan yang tidak mempunyai perlawanan tempat ke-3/4. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? HALANG: Skuad negara (kiri) cuba menghalang bola dari pemain Thailand ketika beraksi dalam acara berpasukan regu lelaki di Stadium Titiwangsa, semalam.
— Gambar Bernama HALANG: Skuad negara (kiri) cuba menghalang bola dari pemain Thailand ketika beraksi dalam acara berpasukan regu lelaki di Stadium Titiwangsa, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia