Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia tiada nasib dalam acara polo air wanita

-

I n i merupakan pingat pertama untuk Malaysia dalam acara olahraga pada edisi ke29 temasya dwitahunan ini yang ber- terus menharumka­n negara dalam temasya ini.

Dalam kategori wanita, pelari Filipina Mary Joy Tabal merangkul emas dengan catatan masa 2:48:26s. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia dikecewaka­n dalam perlawanan penentuan bagi pingat gangsa acara polo air wanita apabila mereka kalah kepada Indonesia 1-5, semalam.

Kedua-dua negara kalah dalam perlawanan pembukaan masing-masing dalam perlawanan pusingan round robin empat pasukan di Pusat Akuatik Nasional di Bandar Sukan Kuala Lumpur di Bukit Jalil.

Indonesia membuka jaringan seawal tujuh minit permainan bermula hari ini menerusi jNyoman Ayu Savitro.

Pasukan itu menambah tiga lagi jaringan menerusi Hudaidah Kadir, Inez Febrianti Rasyid dan Siti Balkis manakala dua percubaan Malaysia tersasar terkena palang gol.

Pada babak suku terakhir, Indonesia menambah derita pasukan tuan rumah dengan menambah dua lagi jaringan menerusi Rani Raida untuk mempertaha­nkan pingat gangsa dalam acara polo air wanita.

Gol tunggal Malaysia dijaringka­n Sarah-Ann Thorp pada suku ketiga perlawanan.

Terdahulu, dalam perlawanan merebut pingat emas, Thailand terus unggul dengan menumpaska­n Singapura 51 untuk mengekalka­n emas terus berada dalam genggaman mereka.

Kedua-dua negara menang dalam perlawanan pembukaan masing-masing dalam perlawanan pusingan round robin empat pasukan itu.

Jurulatih Thailand Daniele Ferri berkata beliau bangga dengan prestasi pemainnya kerana Thailand menyenarai­kan pemain- pemain muda.

Hari ini, pasukan polo air lelaki Malaysia akan bertemu Singapura dalam satu lagi perlawanan pelengkap pusingan round robin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TEPIS: Penjaga gol polo air wanita negara menepis cubaan pemain Indonesia dalam saingan merebut gangsa.
— Gambar Bernama TEPIS: Penjaga gol polo air wanita negara menepis cubaan pemain Indonesia dalam saingan merebut gangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia