Utusan Borneo (Sarawak)

Fauzan yakin raih emas acara berbasikal

-

NILAI: Pelumba elit negara Muhammad Fauzan Ahmad Lutfi optimis mampu menghadiah­kan pingat emas kepada kem negara menerusi acara Ujian Masa Berpasukan pada Sukan Sea ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Beliau berkata skuad berbasikal negara kini dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya sejak dua bulan lepas termasuk pernah menjalani latihan intensif di Thailand.

“Ujian Masa Berpasukan ini kalau kita tengok kali terakhir dipertandi­ngkan adalah pada Sukan Sea Myanmar pada 2013 dan kita berjaya meraih gangsa.

“Jaraknya pun lain dalam 80 kilometer dan laluan mendaki dan kali ini 50 kilometer. Insya-Allah kita boleh hasilkan sesuatu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui pada sesi latihan Ujian Masa Berpasukan di sini, semalam.

Muhammad Fauzan, 31, yang telah enam kali menyertai pasukan berbasikal negara berkata bagaimanap­un skuad negara tidak boleh memandang rendah keupayaan pelumba lain khususnya Thailand, Vietnam dan Indonesia.

“Jadi peluang kita untuk menangi emas Insya-Allah ada dan kita akan bagi yang terbaik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru rakyat di negara ini untuk terus memberikan sokongan padu kepada atlet negara.

Untuk rekod, skuad berbasikal Ujian Masa Berpasukan negara pernah memenangi emas di Sukan Sea Filipina 2005 dan gangsa di Sukan Sea Myanmar 2013.

Sementara itu, pelumba daripada Brunei Muhd Nurjamri Johari, 32, berkata pasukannya telah melakukan persiapan rapi dengan meletakkan sasaran sekurangku­rangnya mampu meraih satu pingat bagi acara berkenaan.

“Kalau nak diikutkan kita mahu emas tapi kita akan cuba sebaik mungkin untuk mendapat pingat sama ada emas, perak atau gangsa,” katanya.

Acara Ujian Masa Berpasukan dijadualka­n berlangsun­g pada 22 Ogos melibatkan jarak sejauh 51km bermula di Dataran Nilai dan berakhir di tempat sama. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia