Utusan Borneo (Sarawak)

Emas atau perak dalam genggaman Malaysia ke final setelah menumpaska­n Brunei 70-28 dalam aksi bola jaring

-

KUALA LUMPUR: Seperti diramalkan, skuad bola jaring negara meneruskan momentum bergaya pada aksi separuh akhir apabila menewaskan Brunei 70-28 di Stadium Juara, Bukit Kiara, di sini, semalam.

Ketangkasa­n skuad bola jaring negara nyata tidak mampu ditandingi oleh Brunei yang ketinggala­n 21 mata di suku masa pertama sebelum cuba memberikan sedikit tentangan pada suku kedua untuk menjadikan kedudukan 39-12.

Percaturan jurulatih daripada Australia, Tracey Robinson yang mempertaru­hkan gandingan penjaring berbisa An Najwa Azizan dan Norashikin Kamal Zaman pada suku pertama perlawanan jelas menjadi apabila kedua-dua pemain itu mengganas bagi mendahului dengan pihak lawan sebelum An Najwa digantikan dengan L. Karishma pada suku kedua perlawanan.

Norashikin ternyata menjadi watak penting kepada kejayaan Malaysia apabila menyempur- DORONGAN SEMANGAT: Rosmah bergambar bersama pemain bola jaring Malaysia selepas aksi separuh akhir bola jaring diantara Malaysia dan Brunei di Stadium Juara Bukit Kiara, semalam. nakan 27 jaringan manakala An Najwa mencipta 22 jaringan sepanjang perlawanan diikuti Karishma 15 jaringan.

Turut memberi sokongan padu kepada skuad negara ialah isteri perdana menteri Datin Seri Ros- mah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Angka kemenangan yang dicatatkan skuad negara jelas melebarkan senyuman di wajah Robinson kerana kejayaan itu mengesahka­n tiket Malaysia ke pusingan final esok.

Mengulas corak permainan anak buahnya, Robinson berkata: “Kami masih perlu perkemaska­n lagi teknik dan skil. Falsafah saya ialah bukan fokus pada tujuh pasukan terbaik tetapi melihat kepada setiap pasukan ( 12 pasukan teratas). Semua mereka adalah yang terbaik ,” kata Robinson kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Mengakui ketangkasa­n pemain Brunei, Norashikin berkata beliau agak gugup ketika perlawanan bermula namun dapat mengatasi perasaan tersebut apabila dapat menembusi benteng pasukan lawan dan menjaringk­an gol demi gol untuk Malaysia.

“Jika bertemu Singapura untuk final esok, saya akan cuba atasi perasaan gugup dan sasaran jarak mata adalah antara 15-20,” katanya. Satu lagi perlawanan separuh antara Singapura dan Thailand.

Sementara itu, An Najwa pula memuji stamina dan persembaha­n permainan rakan sepasukan yang tidak pernah berkuranga­n sejak lima perlawanan lepas.

“Saya harap momentum ini kekal hingga ke final kerana kami bermain bukan sahaja untuk pasukan malah untuk Malaysia.”

Dalam pada itu, pada pertemuan semula SingapuraT­hailand, perlawanan sengit yang ditunjukka­n kedua- dua pasukan berakhir dengan keputusan menyebelah­i juara bertahan, Singapura dengan 55-43. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia