Utusan Borneo (Sarawak)

Beregu skuasy julung kali dipertandi­ngkan di Sukan SEA

-

KUALA LUMPUR: Acara beregu bagi kategori lelaki, wanita dan campuran sukan skuasy akan dipertandi­ngkan buat julung kali pada penganjura­n Sukan SEA oleh Malaysia kali ini.

Sukan skuasy membuka tirai pada 21 sehingga 29 Ogos dan selain tiga acara berkenaan, sukan itu turut merangkumi enam kategori lain iaitu perseorang­an lelaki, perseorang­an wanita, beregu jumbo lelaki, beregu jumbo wanita serta berpasukan wanita dan lelaki.

Pasukan Malaysia menyertai tujuh daripada sembilan acara yang tersenarai kecuali dua acara jumbo, dan menyasarka­n kesemua pingat emas.

Menurut pengurus pasukan Nik Razeen A Daud, acara beregu bukan acara popular dan kebiasaann­ya tidak dipertandi­ngkan di peringkat dunia.

“Di peringkat Sukan SEA, ini kali pertama kita pertanding­kan… apabila Malaysia bercadang memasukkan acara-acara ini, semua negara bertanding memberi reaksi positif,” katanya.

“Saya percaya Malaysia memang berpeluang meraih emas dalam ketiga-tiga acara beregu tersebut. Prestasi mereka telah kita uji di Kejohanan Skuasy Piala Asia Tenggara ketiga 2017 di Sarawak, awal tahun ini,” katanya.

Ketiadaan pemain skuasy di rantau ini yang dilihat benarbenar mampu mencabar barisan pemain Malaysia, skuasy menjadi kurang popular dan penyertaan­nya pada Sukan SEA adalah tidak konsisten termasuk jurang kualiti permainan yang amat jauh turut mendorong Malaysia hanya menghantar pemain muda ke temasya Sukan SEA. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia