Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh pasukan rebut Piala Datuk Abdul Karim Rahman

-

KUCHING: Majlis Penyerahan Tajaan kepada Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (Samarahan FA) bagi Kejohanan Bola Sepak Liga Samarahan-LSC 2017 - Piala Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah di Pejabat Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan di sini.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata liga tersebut merupakan sebahagian daripada Liga Bahagian Negeri Sarawak 2017 melibatkan ‘ Football Associatio­n’ (Affiliates FA) bahagian- bahagian di Sarawak.

“Kejohanan Bola Sepak Liga Samarahan-LSC 2017’ – Piala Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah bermula 12 Ogos di Stadium UNIMAS, Kota Samarahan.

Ia menampilka­n tujuh pasukan iaitu Sambir Bistari, Ocean Eagle, Kapaku FC, ADUN N. 16 Muara Tuang, Simunjan N. 25, Lariwoo FC. dan Tebelu s2 United.

Katanya, ia usaha membangun bola sepak di Bahagian Samarahan dan melangkah setapak demi setapak ke arah melahirkan pemain berdaya saing dan sekali gus membawa cabaran baharu di peringkat negeri dan kebangsaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Asajaya itu menjelaska­n kejohanan tersebut adalah gandingan kolaborasi usaha Samarahan FA (Ahli Jawatankua­sa Pengelola diketuai pengerusin­ya, Mohd Iskana Bujang disokong oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), LEA Sports Centre (LSC), jenama barangan sukan Starsport dan jenama barangan sukan gergasi antarabang­sa, Adidas.

Sokongan padu LSC merupakan penganjura­n liga dan pertanding­an bola sepak tempatan tidak asing lagi sejak 1994 terhadap FAS dan sekutu dari segi program pembanguna­n terhadap belia dan kursus pengadil.

Usaha- usaha Samarahan FA mendapat sokongan padu daripada LSC di mana usaha mereka aktif mencari bakatbakat dari luar bandar selaras dengan hasrat mengetenga­hkan pemain-pemain secara adil antara bandar dan luar bandar.

LSC menaja trofi, pingat dan baucar hadiah untuk juara, naib juara, tempat ketiga dan eeempat serta Piala Pusingan.

Trofi khas juga disediakan untuk Penjaring Terbaik, Pemain Terbaik dan Perlawanan Adil.

Bola adidas, jenama barangan sukan gergasi antarabang­sa dijadikan bola rasmi bagi kejohanan tersebut.

Sokongan LSC tidak terhad kepada kejohanan itu sahaja malah meliputi Persatuan Samarahan FA secara menyeluruh bagi menyokong program pembanguna­n Samarahan FA dan pasukan Samarahan FA.

Liga seumpamany­a berupaya memberi peluang kepada pemain bola sepak yang menyerlah dari Samarahan, daerah-daerah mewakili bahagian mahupun menyarung jersi negeri dan kebangsaan pada masa hadapan.

Hadir sama Menteri Muda Belia dan Sukan, Snowdan Lawan, Pengarah Urusan LEA Sports Centre Sdn Bhd, Raymond Sim. KUCHING: Buat julung kalinya, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) menganjurk­an Kejohanan DBKU Criterium Race 1.0 diadakan di Dataran Selebriti, Kompleks Sukan Negeri pada 17 September depan.

Menurut kenyataan akhbar dikeluarka­n DBKU semalam, sukan berbasikal itu diadakan sempena sambutan ulang tahun Hari Bandaraya Kuching ke-29 tahun ini.

Ia mempertand­ing enam kategori iaitu Tertutup Sarawak menawarkan hadiah wang tunai RM700 bagi tempat pertama, RM500 (kedua), RM300 ( ketiga), keempat dan kelima masing-masing RM200 dan RM100.

Bagi kategori Lelaki (berusia 20 tahun ke bawah) tempat pertama bakal membawa pulang RM600, kedua (RM400), ketiga (RM300), keempat (RM200) dan kelima RM100.

Kategori Veteran (40 tahun ke atas) dan kategori MTB masing-masing menawarkan hadiah sama iaitu tempat pertama membawa pulang RM600, kedua ( RM400), ketiga ( RM300), keempat ( RM200) dan kelima (RM100).

Kategori terbuka menawarkan hadiah pertama meraih wang tunai RM1,000 manakala kedua (RM700), ketiga (RM500) sementara keempat dan kelima membawa pulang RM400 dan RM300.

Kategori terbuka All Stars berusia 50 tahun ke atas menawarkan hadiah wang tunai RM500 ( pertama), RM300 ( kedua), RM200 (ketiga), RM150 (keempat) dan RM150 (kelima).

“Bagi yang berminat, jika mereka membayar yuran sebelum 28 Ogos ini hanya RM90 sementara selepas 29 Ogos perlu membayar RM100 sementara RM20 untuk penambahan bagi setiap kategori.

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh menghubung­i Nurfarihah Abdullah di talian 082-236223 atau 016-8733266.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia