Utusan Borneo (Sarawak)

UPP Bawang Assan anjur pertanding­an bola sepak, takraw Piala Merdeka 2017

-

SIBU: Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Bawang Assan menjemput semua pasukan yang berminat untuk menyertai Pertanding­an Bola Sepak Piala Merdeka 7 Sebelah 2017 dan Kejohanan Sepak Takraw Piala Merdeka 2017.

Pengerusi pengelola pertand- ingan Patrick @ Achong berkata, pertanding­an bola sepak akan berlangsun­g pada 2 dan 3 September di Padang SK Bawang Assan, manakala sepak takraw di Gelanggang Futsal Bawang Assan pada 31 Ogos dan 1 September ini.

“Pertanding­an ini sempena dengan sambutan Hari Merdeka dan bagi menyediaka­n aktiviti sihat untuk belia, selain merapatkan hubungan antara belia,” ujarnya kepada pemberita, semalam.

Menurut Achong, yuran penyertaan bagi sepak takraw ialah RM50 dan RM100 bagi bola sepak.

“Bagi sepak takraw, setiap pasukan dibenarkan mendaftar empat pemain termasuk seorang pemain simpanan sementara 10 pemain bagi bola sepak, termasuk pemain simpanan,” ujarnya.

Juara, naib juara dan keti- ga, katanya, akan menerima hadiah wang tunai, piala dan medal, dengan kesemua hadiah ditaja oleh Pengerusi Lembaga Perkhidmat­an Komuniti UPP Sibu Dato Andrew Wong.

Cabutan undi akan diadakan pada 27 Ogos, jam 2 petang di Padang Bola Sepak SK Bawang Assan.

Untuk maklumat lanjut dan borang penyertaan, boleh menghubung­i Achong menerusi talian 0138178935/019-8608163/0198748259, Frandew ( 0198299052) atau Ampi Jang (010-8359641).

 ??  ?? PIALA REBUTAN: Abdul Karim (lima kiri) bersama Snowdan (empat kanan) menerima trofi utama daripada Raymond (lima kanan) di Kuching.
PIALA REBUTAN: Abdul Karim (lima kiri) bersama Snowdan (empat kanan) menerima trofi utama daripada Raymond (lima kanan) di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia