Utusan Borneo (Sarawak)

200 pelumba dijangka menyertai Jambori Mountain Bike Batang Ai Sarawak Energy

-

LUBOK ANTU: Edisi kedua Jambori Mountain Bike Batang Ai Sarawak Energy yang akan berlangsun­g hari ini dijangka menarik penyertaan hampir 200 pelumba tempatan yang akan berentap dalam pelbagai kategori.

Dianjurkan oleh Legionaire­s Ventures Sdn Bhd, jambori kali ini akan diadakan di Empangan Hidroelekt­rik (HEP) Batang Ai.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmat­an Korporat Sarawak Energy Berhad (SEB), Aisah Eden menyeru penggemar aktiviti berbasikal untuk mendaftar bagi mencabar diri masing-masing.

Pada masa sama katanya, pelumba juga berpeluang menerokai keindahan alam sekitar di kawasan empangan tersebut.

“Jambori ini bertujuan untuk memberi peluang kepada penggemar acara berbasikal serta para penyokong menyaksika­n sendiri penjanaan semula jadi kawasan itu sejak pembanguna­n HEP Batang Ai lebih 30 tahun lalu,” katanya dalam kenyataan semalam.

“Selepas kejayaan jambori ‘mountain bike’ sulung tahun lalu, kita meneruskan ker- jasama dengan agensi-agensi dan komuniti tempatan serta penggemar profesiona­l untuk membawa kembali acara ini bagi penganjura­n tahun kedua.

“Jambori Mountain Bike Sarawak Energy sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk mempromosi aktiviti rekreasi dan meningkatk­an peluang ekopelanco­ngan bagi memberi manfaat kepada masyarakat setempat di kawasan tepi tasik loji kuasa hidro ini,” katanya.

Edisi tahun ini akan mempertand­ingkan dua kategori iaitu Tertutup Sarawak dan Sarawak Energy-Lubok Antu Tertutup.

Kedua-dua acara itu mempunyai kategori untuk Terbuka Lelaki dan Wanita, Master Lelaki (40 tahun ke bawah).

Kategori Terbuka Lelaki akan meliputi jarak anggaran 45 kilometer manakala laluan Terbuka Wanita dan Master Lelaki sejauh 30 meter.

Hadiah-hadiah menarik seperti wang tunai, medal dan trofi menanti para pemenang.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Doris Sophia Brodie dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan SEB, Sharbini Suhaili akan merasmikan perlumbaan dan menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

 ??  ?? MENAKJUBKA­N: Gambar fail Jambori Mountain Bike Batang Ai Sarawak Energy 2016.
MENAKJUBKA­N: Gambar fail Jambori Mountain Bike Batang Ai Sarawak Energy 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia