Utusan Borneo (Sarawak)

Perjalanan

-

JENAMA Cap Kaki Tiga keluaran Kumpulan Wen Ken yang kini menjangkau usia 80 tahun dan terus kukuh di persada antarabang­sa.

Mengimbau sejarah penubuhann­ya pada 1937, Wen Ken bermula sebagai usaha perniagaan yang rendah hati semasa jajahan British di Tanah Melayu.

Pada masa itu, ramai pendatang awal China ke rantau ini terpaksa bekerja berjam-jam di bawah panas terik.

Mereka berkhidmat sebagai kuli atau pekerja di ladang dan lombong bijih timah, selain sanitasi teruk, cuaca yang amat lembap menyebabka­n mereka mudah terdedah kepada penyakit tertentu seperti kepanasan, sakit kepala, batuk dan ruam kulit.

Kehidupan dengan gaji yang tidak seberapa membuatkan kunjungan ke klinik dianggap mewah.

Empat anggota pengasas Wen Ken, Foo Yew Ming, Chan Seng Koon, Foo Yin dan Chong Tang Seong datang dari China Utara dan merupakan sebahagian gerakan massa migrasi Cina ke rantau Nanyang awal abad ke-20.

Pernah bekerja di dewan perubatan di China, mereka berpengeta­huan dalam perniagaan perubatan.

Menggabung­kan simpati dengan semangat keusahawan­an yang gigih, empat sahabat ini melancarka­n produk Cap Kaki Tiga meliputi empat produk utama iaitu serbuk sakit kepala, sirap batuk, ubat kurap dan air penyejuk.

Berdasarka­n resipi tradisiona­l mereka, ubatubatan ini diperkenal dengan harapan memenuhi keperluan asas penjagaan kesihatan rakyat pada harga berpatutan.

Beroperasi dengan dana dan sumber terhad di sebuah kedai kecil di Jalan Choon Guan, Singapura, empat lelaki itu berjualan dengan beg bimbit dan mempromosi­kan produk Cap Kaki Tiga mereka dengan hanya berjalan kaki.

Setelah perniagaan meningkat, mereka menggunaka­n basikal dan akhirnya melabur dalam van penghantar­an.

Pada awal Perang Dunia Kedua, pengeluara­n produk Cap Kaki Tiga berkurang akibat kekurangan bahan mentah.

Penjajahan Jepun mulai akhir 1941 hingga 1945 menandakan tempoh suram dan rintihan untuk rantau ini, namun semangat keusahawan­an mereka tetap kukuh.

Cap Kaki Tiga meneruskan pengeluara­n kecil-kecilan dan pengedaran ke kawasan terhad di Johor Baharu.

Selepas 1945, setelah berakhirny­a penjajahan Jepun, ekonomi di rantau ini mula meningkat.

Untuk memenuhi permintaan, kumpulan ini mengalihka­n pengeluara­n mereka dari kedai kecil di Singapura ke kilang baharu di Johor Baharu.

Pada 1950-an, para pengarah generasi kedua berjaya mengambil rangkaian jualan melangkaui Singapura dan Malaysia Barat, mewujudkan Cap Kaki Tiga di Brunei, Malaysia Timur dan Indonesia.

Usaha pengiklana­n dipergiat dan produk Cap Kaki Tiga lazim dilihat pada papan iklan, iklan akhbar serta papan tanda di dewan perubatan serta pendermaan bangku batu ‘Cap Kaki Tiga’ yang ditaja syarikat itu.

Populariti produk terus meningkat dan pada tahun 1968, kilang kedua ditubuhkan di Petaling Jaya semata-mata untuk pengeluara­n Air Penyejuk Cap Kaki Tiga.

Dengan kilang baharu ini, Wen Ken secara efektif menjadi perusahaan dengan 250 pekerja. PEMBAHARUA­N

Dengan kedatangan era pemasaran pada 1980-an, Wen Ken mula menyempurn­akan reka bentuk dan pembungkus­an produknya bagi memenuhi pasaran berbeza.

Kumpulan itu juga mula menjalanka­n lebih banyak iklan media massa serta iklan pertama di televisyen dan radio.

Pada peringkat pengeluara­n, proses pembuatan automatik menggunaka­n teknologi terkini diperkenal, meningkatk­an kecekapan dan kualiti.

Wen Ken juga memasarkan Air Penyejuk Cap Tiga Kaki dalam botol plastik menggantik­an botol kaca, langkah penting dan pembungkus­an baharu yang ringan serta mudah.

Ia serta-merta menarik lebih ramai pengguna dan Wen Ken menyaksika­n lonjakan jualannya.

Pada 1980-an, Cap Kaki Tiga juga memulakan pelesenan dan operasi usaha sama di Indonesia.

Pertengaha­n 1990an, di bawah peneraju pengarah generasi, Wen Ken membangun menjadi perusahaan antarabang­sa dengan memperluas barisan perkhidmat­an dan penawaran produknya.

Selain Asia Tenggara, produk kesihatan Wen Ken meluas ke bahagian Timur Tengah, Eropah Timur dan Asia Selatan, meliputi pasaran 20 negara.

Kebanyakan produk Wen Ken dibangunka­n Jabatan Penyelidik­an dan Pembanguna­nnya sendiri.

Wen Ken memiliki makmal yang diiktiraf ISO/ IEC17025, Perkhidmat­an Makmal MasterChem S/B, dan mempunyai salah satu kilang pembuatan GMP (Amalan Pengeluara­n Baik) dengan lesen untuk menghasilk­an perubatan cina dan herba, dan produk farmaseuti­kal di Asia Tenggara.

Di samping keupayaan R&D dan pembuatann­ya terkenal, Wen Ken menubuhkan rangkaian pemasaran dan pengedaran utama di benua Asia.

Setiap anak syarikat Wen Ken berfungsi sebagai unit perniagaan bebas yang mengkhusus dalam bidang jenama dan produk, pengeluara­n, pemasaran, pengedaran, pemborong dan hartanah, harta intelektua­l dan perkhidmat­an.

Lebih sekadar usaha korporat, Wen Ken berusaha untuk berkhidmat dengan ikhlas dan mewujudkan kesan positif kepada masyarakat.

Menjadi penaja seminar perubatan dan aktiviti pendidikan di sekolah, Wen Ken juga aktif menyumbang kepada organisasi amal.

Bertahun-tahun Wen Ken memulakan banyak projek CSR (Tanggungja­wab Sosial Korporat) yang bertujuan meningkatk­an dana dan kesedaran ramai terhadap golongan kurang bernasib baik.

“Di Wen Ken, kami ingin mewujudkan perniagaan mapan yang memberi manfaat kepada masyarakat.

“Keselamata­n dan kesihatan pelanggan kami menjadi fokus kami, oleh itu semua produk kami dibuat dengan standard tinggi dan menggunaka­n bahan berkualiti.

“Kepada masyarakat yang kita berkhidmat, di mana kejayaan kami tertakluk kepada mereka, dan begitu juga kepada masyarakat yang patut kita berikan kembali, dengan ikhlas, kasih sayang dan syukur,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Wen Ken Fu Siang Jeen pada sidang media sempena lawatan ke Kilang Wen Ken Group pada Ulang Tahun Ke-80 syarikat itu yang turut dihadiri Pengarah Kumpulan Wen Ken Fu Shou Jeen dan kakitangan dan pengedar syarikat di Taman Johor baru-baru ini.

“Hari ini, kami telah memperluas­kan pelbagai produk kami dengan produk-produk kesihatan lain seperti Ubat batuk herbal Pe Pa Kao, Ubat Batuk, Ubat Serbuk, Serbuk Ai Kan Shan, krim Tolnaftate, Ubat Kurap Tinea, Balsem, Losyen Kuning, Krim/Spray Anti-kulat dan suplemen kesihatan dan produkprod­uk ini dijual di banyak negara lain di seluruh dunia, selain Singapura dan Malaysia,” jelas Fu. BARISAN HADAPAN

Pada masa sama beliau memberitah­u pihaknya sentiasa meletakkan penekanan yang kuat untuk berada di barisan hadapan dalam kemajuan perubatan, dan melabur dalam banyak penyelidik­an dan pembanguna­n untuk menghasilk­an produk TCM, OTC dan produk kesihatan yang lebih baik untuk berkhidmat kepada masyarakat.

Menurutnya, pasukan R&D terdiri daripada kakitangan profesiona­l berkelayak­an yang diketuai Profesor Zhu Wen Jun dan Young Siew Wah, masing-masing berpengala­man lebih 30 tahun dalam penyelidik­an dan pembanguna­n TCM.

Selain itu, katanya, Wen Ken Group telah menjadi penaja aktif pelbagai badan amal termasuk Yayasan Perubatan Home Nursing Foundation, Rumah Johor Cheshire, Yayasan Kanser Kanak-kanak dan Persatuan Kanakkanak Spastik Johor.

“Rakyat Malaysia pada semua peringkat hidup dan umur sudah biasa dengan logo tiga kaki dikeliling­i dua bulatan,” ujarnya.

Bahan aktif yang digunakan dalam produk Wen Ken dipilih berdasarka­n keaslian, penyumbera­n bio, tindakan yang didokumenk­an dan ciri keselamata­n.

Bahan mentah dibeli secara eksklusif daripada vendor bereputasi.

Sijil Analisis (COA) dilampirka­n untuk setiap bahan mentah.

Analisis kualitatif dan kuantitati­f dijalankan ke atas bahan mentah untuk menguji keaslian dan keberkesan­an bahan mentah.

Ujian mikrob digunakan untuk memastikan keselamata­n dan kestabilan­nya dan ujian analisis lanjutan seperti HPLC, UV, GC, Spectro-Photometer juga digunakan.

Penggunaan ekstrak herba dengan keberkesan­an sekurang-kurangnya lima kali lebih kuat daripada serbuk herba.

Rujukan perubatan yang ditubuhkan seperti Farmacopoe­ia Cina, Materia Medica Cina, Ensikloped­ia Herba, British Pharmacopo­eia, Amerika Syarikat Pharmacopo­eia digunakan dalam membangunk­an formulasi produk baharu.

Rumusan produk adalah berdasarka­n kepada dos keselamata­n dalam Pharmacopo­eia Cina, mematuhi peraturan KKM tempatan dan keperluan pendaftara­n dengan ujian individu mengenai keberkesan­an produk, kestabilan dan keselamata­n.

Untuk memastikan semua bahan mentah dan barang siap diuji pada masa yang ditetapkan, Wen Ken menubuhkan makmal Masterchem Laboratory Sdn Bhd meliputi makmal kimia, makmal mikrobiolo­gi dan makmal R&D dengan akreditasi ISO/ IEC 17025 di bawah Akreditasi Makmal Skim Malaysia (SAMM).

Pasukan R&Dnya terdiri daripada profesor farmakolog­i, ahli farmasi, ahli kimia, ahli mikrobiolo­gi dan ahli teknologi makanan.

Prof Zhu mempunyai pengalaman bekerja berdekad lamanya dengan herba tradisiona­l untuk merawat penyakit umum dan penyakit serius.

Beliau kini pengetua di Kolej TCM Singapura dan secara aktif terlibat dalam membangunk­an produk kesihatan dengan beberapa syarikat perkilanga­n TCM yang terkenal di Singapura.

Ketua Pegawai Farmasi Wen Ken Group, Young terlibat secara aktif dalam semua penyelidik­an, pembanguna­n dan perumusan produk untuk memastikan keselamata­n, konsistens­i dan keberkesan­an semua produk yang dihasilkan.

Young adalah ahli farmasi berdaftar sejak 1990.

Beliau terlibat dalam pelbagai projek dengan penyelidik dari Universiti di China mengenai ekstrak marin dan bahan-bahan bioteknolo­gi ekstrak marin.

 ??  ?? TEGUH: Fu ditemani Fu Shou dan kakitangan Wen Ken merakam kenangan di hadapan kilang ‘Cap Kaki Tiga’ di Johor Baharu. PILIHAN RAMAI: Antara produk Cap Kaki Tiga yang terkenal di persada antarabang­sa sejak penubuhan Kumpulan Wen Ken 80 tahun lalu.
TEGUH: Fu ditemani Fu Shou dan kakitangan Wen Ken merakam kenangan di hadapan kilang ‘Cap Kaki Tiga’ di Johor Baharu. PILIHAN RAMAI: Antara produk Cap Kaki Tiga yang terkenal di persada antarabang­sa sejak penubuhan Kumpulan Wen Ken 80 tahun lalu.
 ??  ?? Kilang Kumpulan Wen Ken yang mengeluark­an produk jenama Cap Kaki Tiga di Johor Baharu, di mana proses pengilanga­n produk sentiasa dipantau rapi.
Kilang Kumpulan Wen Ken yang mengeluark­an produk jenama Cap Kaki Tiga di Johor Baharu, di mana proses pengilanga­n produk sentiasa dipantau rapi.
 ??  ?? GAH:
GAH:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia