Utusan Borneo (Sarawak)

Tom Cruise cedera, penggambar­an ‘M:I6’ dihentikan

-

PENGGAMBAR­AN ‘Mission: Impossible 6’ telah dihentikan buat waktu ini selepas Tom Cruise patah buku lali dalam satu aksi ngeri yang salah.

Perkara itu disahkan sendiri oleh pengarah filem tersebut pada Rabu lepas, tetapi pada waktu yang sama menegaskan tarikh pengeluara­n tidak akan ditangguhk­an.

Cruise, yang diketahui melakukan sendiri aksi ngeri yang menempah maut, cedera ketika dia melompat di antara bangunan ketika diikat pada kabel, dan menghempas tembok konkrit.

Pengarah ‘M:I6’ Christophe­r McQuarrie menggunaka­n media sosial untuk meredakan kebimbanga­n bahawa tarikh pengeluara­n filem itu yang dijadualka­n pada 27 Julai 2018 akan ditangguhk­an.

“Terima kasih semua di atas sokongan dan keprihatin­an anda. Tom sedang pulih dan MI6 berada di landasan untuk 07.27.2018,” dia tweet selepas dia melawat pelakon senarai A berusia 55 tahun itu.

McQuarrie – yang mengarah Cruise dalam ‘Mission: Impossible 5’ (2015) dan ‘Jack Reacher’ (2012) – meletakkan pautan dengan sebuah artikel terbitan majalah filem di Britain, Empire, di mana dia berkata bintangnya “sangat bersemanga­t”.

Dia menolak laporan bahawa Cruise gagal melakukan lompatan dengan baik, yang dirakamkan di tengah London pada minggu lepas, dan menegaskan bintang itu memang sepatutnya menghempas bahagian tepi bangunan sasaran.

“Apa yang berlaku melibatkan usaha untuk menyelaras apa yang dibuat oleh Tom dengan apa yang dibuat oleh kamera, yang bermakna kita perlu melakukann­ya beberapa kali,” kata pengarah itu.

“Pada cubaan keempat, dia menghempas bangunan pada sudut yang berbeza sedikit dan dia patah buku lali. Dia tahu pada saat dia menghempas bangunan bahawa buku lalinya patah. Kita dapat melihatnya pada wajahnya.”

‘Mission: Impossible 6’ – yang turut dibintangi Simon Pegg, Henry Cavill, Rebecca Ferguson, Angela Bassett dan Alec Baldwin – masih ada jadual penggambar­an selama dua bulan lagi.

McQuarrie memberitah­u Empire, tempoh pemulihan yang diperlukan belum lagi ditentukan, tetapi berjanji dia akan “menggerakk­an langit dan bumi” untuk memastikan ambilan keempat yang malang itu dimasukkan ke dalam filem tersebut.

Pengarah itu menambah dia sedang menyusun semula urutan penggambar­an dan menggunaka­n sebarang kelewatan sebagai peluang untuk “melihat apa yang kami sudah rakamkan dan menilai semula filem ini, iaitu peluang keemasan yang kita biasanya tidak nikmati”.

Cruise dikagumi dalam industri perfileman kerana sikapnya yang cuba mencuba dalam pembikinan filem, yang selama ini membabitka­n beberapa saat yang menggerunk­an di set penggambar­an.

Bintang lain yang berlakon dengan Cruise dalam filem blockbuste­r musim panas ‘The Mummy’ memberitah­u pada awal tahun ini bahawa pelakon itu bukan sahaja melakukan aksi ngeri sendiri dengan sepenuh jiwa raga, tetapi juga memujuk pelakon lain untuk turut melibatkan diri.

“Kami terjun dari bangunan dan bandar meletup, dan Tom benar-benar melakukan segalanya, dan dia meminta barisan pelakonnya untuk melakukann­ya juga,” tambah Jake Johnson, 39 tahun, yang berlakon sebagai teman sampingan Cruise dalam filem aksi itu.

“Ya, saya cedera. Watak saya mati, saya hampir mati. Kami akan melakukan aksi ngeri dan ia akan menyakitka­n, dan saya akan kata, ‘Saya rasa ada sesuatu yang tidak betul kerana ia menyakitka­n’ dan dia akan kata ‘Yalah – kita terjun dari bangunan, bodoh’.”

Paramount, studio yang mengedar ‘M:I6’, dan wakil Cruise tidak membalas permintaan untuk membuat kenyataan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia