Utusan Borneo (Sarawak)

Filem beri sorotan tentang kekurangan tandas

-

INDUSTRI perfileman Bollywood mungkin popular dengan lagu dan tarian yang mengasyikk­an, namun sebuah filem yang ditayangka­n baru-baru ini memaparkan subjek yang ternyata tidak glamor iaitu kekurangan tandas yang agak membimbang­kan di India.

Perdana Menteri Narendra Modi telah menjadikan usaha membina lebih banyak tandas satu keutamaan penting di negara yang mempunyai 1.25 bilion penduduk itu, kira-kira separuh daripadany­a masih perlu pergi ke sawah untuk membuang air besar.

Aktivis menganggar­kan hampir 200,000 orang bayi mati setiap tahun kerana jangkitan yang tersebar menerusi pembuangan najis secara terbuka, yang menurut mereka turut mendedahka­n kaum wanita kepada risiko serangan seksual.

‘Toilet: Ek Prem Katha’ (Tandas: Sebuah Kisah Cinta) mendapat inspirasi daripada kisah benar mengenai usaha seorang lelaki untuk membina tandas di kampungnya di kawasan desa India.

Dia mahu mendapatka­n semula isteri baharunya, selepas keengganan isterinya itu untuk tinggal di rumah tanpa tandas mendapat pujian di India.

Dua penulis skrip, Siddharth Singh dan Garima Wahal, memberitah­u AFP mereka berharap filem itu, yang memaparkan salah seorang bintang terbesar di Bollywood, Akshay Kumar, akan memberi “impak yang nyata” kepada masyarakat India. “Ini berlaku di sebuah perkampung­an di Madhya Pradesh, dan kami fikir ia adalah satu kenyataan yang kuat,” kata Singh, yang merujuk kepada salah sebuah negeri paling desa di India. Penulis itu berkata mereka menjumpai banyak cerita mengenai wanita yang diserang ketika mereka pergi ke sawah pada larut malam dalam proses untuk menyelidik­i filem itu.

“Namun membuang air besar secara terbuka bukan sahaja tidak sihat, ia juga berbahaya,” kata Garima.

“Ketika kami menjalanka­n penyelidik­an kami, kami mendengar tentang tiga insiden pencabulan. Jenayah terhadap wanita sudah meningkat disebabkan oleh kelemahan mereka ketika mereka berada di sawah, bersendiri­an dalam keadaan gelap, dalam keadaan terdedah dan tidak berdaya.”

Garima berkata ia adalah sifat hipokrit bagi masyarakat India untuk menuntut agar kaum wanita menutup diri dari satu sudut, tetapi pada sudut lain memaksa mereka “mendedahka­n diri kerana tidak ada kemudahan sanitari dan bilik mandi”.

Akshay, salah seorang pelakon dengan pendapatan paling tinggi di dunia dengan pendapatan sebanyak AS$31.5 juta (RM141.8 juta) menurut ranking Forbes yang diterbitka­n pada tahun lepas, barubaru ini mengeluark­an lagu ‘Toilet Anthem’ untuk mempromosi­kan kempen tersebut.

“Sementara manusia sudah maju cukup jauh untuk pergi ke Marikh dan mendaki Gunung Everest, 54 peratus penduduk di India membuang air besar secara terbuka,” kata lagu itu.

Modi telah menyeru agar setiap seisi rumah di India memiliki tandas.

Pada tahun lepas, beliau mengumumka­n kerajaan beliau sudah membina lebih 20 juta tandas sejak memegang kuasa pada 2014.

Kira-kira dua pertiga rumah di perkampung­an yang mendasari filem berkenaan kini mempunyai tandas, menurut laporan media.

“Skrip kami siap pada 2014 dan kami rasa kami perlu menggerakk­annya sementara ia masih topik yang hangat. Ia terutamany­a penting untuk memujuk penduduk di kawasan luar bandar untuk menonton filem ini,” kata Garima. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? BARISAN PELAKON UTAMA: Akshay Kumar (tengah) bergambar bersama Anupam Kher (kiri) dan Bhumi Pednekar di sidang media filem ‘Toilet: Ek Prem Katha’ di Mumbai baru-baru ini.
— Gambar AFP BARISAN PELAKON UTAMA: Akshay Kumar (tengah) bergambar bersama Anupam Kher (kiri) dan Bhumi Pednekar di sidang media filem ‘Toilet: Ek Prem Katha’ di Mumbai baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia