Utusan Borneo (Sarawak)

Pengerusi BERSIH Sabah 4.0 diperintah bela diri

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini mengarahka­n Pengerusi BERSIH Sabah membela dirinya atas pertuduhan gagal menyertaka­n Salinan Persetujua­n Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), kepada Ketua Polis dalam tempoh sepuluh hari sebelum perhimpuna­n BERSIH 4.0.

Datuk Yew Jen Kie membuat keputusan itu terhadap Jannie Lasimbang, 53, yang mana pada Jumaat untuk keputusan rayuan daripada pihak pendakwaan yang menentang keputusan Mahkamah Majistret.

Dalam penghakima­n itu, Yew mendapati merit dalam rayuan pihak pendakwaan dan mengetepik­an keputusan Mahkamah Rendah yang membebaska­n dan melepaskan responden daripada pertuduhan itu pada 20 Disember tahun lalu.

Pertuduhan pertama, pada 29 Ogos 2015 jam 2 petang hingga jam 9.30 malam, di Taman Awam Teluk Likas, Tanjung Lipat, di sini, responden didakwa menganjurk­an perhimpuna­n gagal menyertaka­n Salinan Persetujua­n DBKK.

Berkenaan pemberitah­uan bertarikh pada 19 Ogos 2015 kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asistant Komisioner Chandraseh­karan A/L Muthu, dalam tempoh sepuluh hari sebelum perhimpuna­n, seperti yang dikehendak­i mengikut Seksyen 10 (c) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 (Akta 736).

Kedua, pada 30 Ogos 2015 jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, di tempat sama, responden didakwa atas pertuduhan sama.

Semua pertuduhan itu, Jannie didakwa mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpuna­n Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9 (5) akta sama, denda tidak melebihi RM10,000 jika sabit kesalahan.

Pertuduhan pilihan pertama, pada hari dan di tempat sama, responden didakwa menganjurk­an satu perhimpuna­n yang tidak mematuhi syarat yang dikenakan Ketua Polis Daerah bagi menetapkan persetujua­n DBKK.

Pilihan kedua, pada 30 Ogos tahun lalu jam 10 pagi hingga jam 12 tengah hari, di tempat sama, responden didakwa atas pertuduhan sama.

Setiap pertuduhan itu, sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 15 (3) akta sama, boleh didenda tidak melebihi RM10,000.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun, manakala Peguam Ram bertindak untuk Jannie.

Dalam pada itu, Dominic Ghani bertindak sebagai peguam pemerhati untuk Suruhanjay­a SUHAKAM.

Yew menetapkan sebelum 31 Ogos untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret.

 ??  ?? NILAI KOMERSIL: Joniston (empat kiri) bersama rombongan UMS merakam gambar kenangan bersama sambil memegang produk tea uncang berasaskan daun mulberi selepas sidang media berkenaan.
NILAI KOMERSIL: Joniston (empat kiri) bersama rombongan UMS merakam gambar kenangan bersama sambil memegang produk tea uncang berasaskan daun mulberi selepas sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia