Utusan Borneo (Sarawak)

Pengekalan tarif elektrik bukti kerajaan peka keperluan rakyat

Langkah wajar untuk tidak bebankan rakyat di negara ini: Ongkili

-

TENOM: Langkah kerajaan mengekalka­n tarif lama elektrik iaitu 1.52 sen bagi setiap kilowatt-sejam (kWj) di Semenanjun­g, serta 1.20 sen/kWj di Sabah dan Labuan adalah bukti kerajaan peka dengan kebajikan dan keperluan rakyat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata dengan pengekalan itu, kerajaan membelanja­kan RM1.303 bilion untuk menampung peningkata­n kos bahan api dan penjanaan bekalan elektrik kepada pengguna di Semenanjun­g manakala RM468 juta subsidi khas bagi negeri Sabah dan Labuan.

“Ini membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) amat peka kepada kebajikan dan keperluan rakyat dengan tidak menaikkan kadar tarif elektrik buat masa ini,” katanya ketika berucap semasa merasmikan Program Jelajah Yayasan Hijau Malaysia (YaHijau) Sabah 2017 di Melalap, dekat sini, semalam.

Turut hadir Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Negeri Sabah Datuk Seri Radin Malleh, Pengerusi Lembaga Kemajuan Perhutanan Negeri Sabah Datuk Dr Lucas Umbul, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Hijau Malaysia Amin Abdullah, Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Delin Liet Anak Blaun dan Pengurus Besar Kanan, Hal Ehwal Korporat dan Kumpulan Komunikasi Korporat, Tenaga Nasional Berhad Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin.

Menurutnya keputusan yang dibuat kabinet untuk mengekalka­n tarif elektrik itu adalah satu langkah wajar untuk tidak membebanka­n rakyat di negara ini.

Justeru, Ongkili menyeru rakyat di negara ini agar memahami kepentinga­n aplikasi teknologi hijau dan membudayak­annya dalam amalan hidup seharian bagi membolehka­n pembanguna­n negara direncana ke arah lebih mampan, selari dengan aspirasi Transforma­si Nasional 2050.

Katanya, kementeria­nnya melalui YaHijau berperanan memberi pendidikan, kesedaran, mempromosi dan menggalakk­an penyertaan masyarakat serta badan korporat tentang penggunaan teknologi hijau itu.

“Program ini bertujuan berkongsi idea dan memberi pendedahan kepada orang ramai, khususnya masyarakat di peringkat akar umbi di negeri Sabah, mengenai kepentinga­n aplikasi teknologi dan amalan hidup hijau,” katanya.

Mengenai program itu, Ongkili berkata ia merupakan kesinambun­gan program Jelajah YaHijau Sabah Siri Pertama yang dimulakan di Motunggong, Sabah barubaru ini.

Katanya YaHijau telah dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan sebagai penggerak kepada peningkata­n kesedaran amalan hidup hijau serta aplikasi teknologi hijau sedia ada khususnya di kalangan belia.

Pada tahun ini, kata Ongkili, YaHijau mendapat kerjasama Tenaga Nasional Berhad selaku rakan strategik utama, selain Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bagi menjayakan program itu sekali gus memberi impak maksimum kepada orang ramai. — Bernama

 ??  ?? GAGAL PATUHI SYARAT: Jannie (kiri) dan Ram (dua kanan) di luar mahkamah selepas keputusan.
GAGAL PATUHI SYARAT: Jannie (kiri) dan Ram (dua kanan) di luar mahkamah selepas keputusan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia