Utusan Borneo (Sarawak)

STB cadang jadikan Kiulu tempat utama tanaman mulberi

-

KOTA KINABALU: Lembaga Pelanconga­n Sabah (STB) bercadang untuk menjadikan Kiulu sebagai tempat utama projek penanaman mulberi pertama di negeri ini.

Pengerusin­ya Datuk Joniston Bangkuai berkata, pemilihan Kiulu bertepatan dengan kesuburan jenis tanah yang sesuai dengan tanaman buah berkenaan.

“Tanaman mulberi dilihat berkembang pesat di Kiulu khususnya di Kampung Tudan seterusnya kini menjadi salah satu punca pendapatan penduduk setempat.

“Jadi kita rancang untuk bincang bersama kembangkan lagi penanaman pokok mulberi di Kiulu sekali gus menjadikan daerah itu hab buah-buahan luar bandar,” katanya pada sidang media Enactus Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersama beliau, di sini pada Khamis.

Joniston yang juga ADUN Kiulu berkata, pihaknya juga dalam perancanga­n membina rangkaian jalan raya yang terus menghubung­kan Tudan dengan Pekan Kiulu.

Katanya, setelah laluan penghubung itu siap dilaksanak­an, usaha untuk memperluas­kan lagi tanaman mulberi akan dapat dilaksanak­an oleh pelbagai pihak dengan lancar.

“Kita juga berharap agar pihak kepimpinan masyarakat Kiulu khususnya di Kg. Tudan akan siap sedia rancang awal membina kemudahan inap desa agar mencukupi.

“Sudah pasti, setelah rancak penanaman mulberi, ia sekali gus memperkasa­kan ekopelanco­ngan di daerah itu,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memuji usaha UMS yang giat melaksanak­an pelbagai projek penyelidik­an terutama melibatkan tanaman pokok mulberi di Kg. Tudan sehingga berjaya memenangi pertanding­an Enac- tus peringkat kebangsaan pada bulan lalu di Kuala Lumpur.

Katanya, atas pencapaian sedemikian, tanaman mulberi semakin dikenali dan mendapat perhatian pelbagai pihak sehingga menjadikan Kg. Tudan terkenal sebagai lokasi pelanconga­n menarik untuk dikunjungi.

“Malah, melalui kerjasama ini, satu koperasi dengan keahlian seramai 65 orang tertubuh yang jelas menunjukka­n penduduk Kg. Tudan terbuka untuk sama-sama menjayakan usaha ini.

“Justeru, STB bersama anak syarikat lain akan berusaha memperkena­lkan produk berasaskan mulberi ini seterusnya membantu memasarkan kepada pelancong dalam dan luar negara,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pemasaran Perniaga Tani UMS Dr Bonaventur­e Boniface berkata, susulan kemenangan itu, 14 pelajar UMS serta tiga pensya- rah yang terlibat akan mara ke pertanding­an seterusnya iaitu Piala Dunia Enactus 2017 di London.

Katanya, pelajar yang terlibat akan membawa produk penyelidik­an berasaskan pokok mulberi ke pertanding­an berkenaan yang berlangsun­g pada 26 hingga 28 September depan.

“Wakil UMS akan mempertaru­hkan produk minuman dan teh uncang mulberi Tudan yang dihasilkan daripada daun pokok mulberi di Kg. Tudan, Tuaran dalam tempoh setahun penanaman.

“Selain itu, projek ‘payao’ iaitu pemasangan tukun tiruan di tengah laut yang dilaksanak­an di Pulau Sepanggar turut dipersemba­hkan pada pertanding­an nanti.

“Justeru, sudah pasti produk ini berpotensi untuk diperkenal­kan di persada dunia selain meningkatk­an ekonomi penduduk luar bandar,” katanya.

 ??  ?? TRAGEDI: Gambar mayat mangsa dibawa dari tingkat 4 Flat PPR Taman Mesra.
TRAGEDI: Gambar mayat mangsa dibawa dari tingkat 4 Flat PPR Taman Mesra.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia