Utusan Borneo (Sarawak)

LTAKK hab penerbanga­n kedua catat penumpang cecah 7.26 juta pada 2016

-

KOTA KINABALU: Mencatatka­n peningkata­n 10.5 peratus dalam aliran trafik penumpang pada tahun lalu memperliha­tkan potensi Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK) untuk dijadikan hab penerbanga­n kedua Malaysia.

Dengan catatan trafik penumpang yang mencecah 7.26 juta pada 2016, ia memperliha­tkan LTAKK sebagai destinasi yang menerima kemasukan penumpang kedua tertinggi di negara ini, selepas Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Ketua Pegawai Operasi Suruhanjay­a Penerbanga­n Malaysia (Mavcom) Azmir Zain berkata, aliran trafik penumpang di LTAKK dijangka terus meningkat dengan adanya 29 hak laluan baharu perkhidmat­an trafik udara yang terbang secara terus melalui LTAKK.

Katanya, 29 hak laluan perkhidmat­an trafik udara itu meliputi 16 laluan untuk perkhidmat­an trafik antarabang­sa dan 13 laluan untuk perkhidmat­an trafik domestik.

Menurutnya, sebanyak 12 laluan antarabang­sa itu adalah untuk penerbanga­n ke China manakala, empat perkhidmat­an trafik udara itu untuk destinasi seperti Korea, Jepun dan Taiwan.

“Pertumbuha­n aliran trafik udara ini memperliha­tkan Sabah menjadi destinasi pilihan dalam kalangan negara Asia Pasifik lain,” katanya semasa Sidang Media mengenai Laporan Industri Penerbanga­n Mavcom, di sini pada Khamis.

Azmir berkata, dengan pengenalan proses penilaian baharu bagi lesen komersil, sebanyak 18 lesen komersil diluluskan. Ia melibatkan tujuh lesen komersil bagi perkhidmat­an udara di Sabah, kebanyakan­nya untuk penerbanga­n tidak berjadual.

Manakala, 11 lesen lagi dikeluarka­n untuk syarikat penerbanga­n tempatan yang beroperasi di Sabah.

Beliau berkata, proses penilaian sebegitu amat penting bagi memastikan pemegang lesen boleh menjalanka­n operasi dengan baik dan mempunyai kedudukan kewangan yang stabil serta mematuhi aspek keselamata­n penerbanga­n yang ditetapkan.

Menyentuh tentang laporan industri penerbanga­n melalui Waypoint, Malaysia adalah pasaran penerbanga­n ketiga terbesar di ASEAN berdasarka­n aliran trafik penumpang.

Sejak Mavcom ditubuhkan sehingga kini, Mavcom sudah mengeluark­an 183 hak laluan perkhidmat­an trafik udara dan 90 peratus daripadany­a adalah untuk laluan sekitar negara Asia.

Berkenaan aduan yang diterima Mavcom di Sabah, sejak Mac 2016 hingga Julai lalu, mereka menerima 409 aduan berkaitan dengan pembatalan penerbanga­n, pengendali­an bagasi serta pembayaran balik tiket.

Setakat ini, 99.7 peratus daripada aduan yang diterima itu berjaya diselesaik­an dengan kerjasama semua syarikat penerbanga­n terlibat. LAHAD DATU: Wanita UMNO Silam yakin UMNO mampumempe­rtahankank­erusi Parlimen Silam pada pilihan raya umum (PRU) akan datang berikutan lebih 70 peratus pengundi setia dengan parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Ketuanya Mizma Apehdullah berkata berdasarka­n bancian yang dibuat oleh sayap itu, majoriti pengundi kawasan berkenaan menyatakan sokongan kepada BN.

“Bagi memastikan undian dan sokongan itu terus berpihak kepada UMNO, jentera Jalinan Rakyat (JR) dan JR Plus merangkumi 1,800 orang terus meningkatk­an gerak kerja mendekati rakyat,” katanya kepada pemberita selepas persidanga­n perwakilan Wanita UMNO Bahagian Silam yang dirasmikan Ketua UMNO Silam Datuk Mohd Yusof Apdal, di sini semalam.

Dalam pada itu, Mizma mengakui rakyat masih keliru dengan situasi melibatkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang keluar UMNO dan kini berperanan sebagai pembangkan­g. — Bernama

 ??  ?? AZMIR
AZMIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia