Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan pastikan pelaburan asing tidak jejas identiti, peluang rakyat: Mustapa

-

KUANTAN: Kerajaan menerusi kekuatan serta kestabilan­nya akan memastikan pelaburan negara asing termasuk dari China tidak menjejaska­n identiti serta peluang rakyat tempatan, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Ketika menegaskan perkara itu, beliau berkata dakwaan kononnya negara ini tergadai menerusi pelaksanaa­n projek Landasan Rel Pantai Timur (ECRL) dan Taman Industri Kuantan MalaysiaCh­ina (MCKIP) juga tidak benar kerana China bukanlah pelabur terbesar di Malaysia.

“China berada di kedudukan ke- 11 dalam senarai pelabur asing di sini. Jepun merupakan pelabur terbesar dalam bidang pembuatan selain Singapura, Amerika Syarikat dan Jerman yang turut di kedudukan teratas berbanding China.

“Malaysia juga banyak melabur di China seperti Parkson yang mempunyai lebih 60 pasar raya di China selain pelaburan oleh UMW Holdings Berhad, Sime Darby dan juga Khazanah Nasional di sana,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidanga­n Perwakilan UMNO Bahagian Indera Mahkota di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam, yang turut dihadiri Ketua Bahagian itu, Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid.

Mengulas selanjutny­a, Mustapa berkata kemasukan pelaburan negara asing adalah fenomena global yang tidak boleh dielakkan dan sejarah pelaburan asing di Malaysia telah bermula sejak 200 tahun lalu menerusi aktiviti perladanga­n getah dan perlombong­an bijih timah oleh orang Inggeris.

Malah, Jepun merupakan rakan pelaburan terpenting Malaysia sewaktu pemerintah­an mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, namun soal kedaulatan negara tergadai tidak pernah dibangkitk­an.

“Sebaliknya pelaburan dari China menjadi kontrovers­i kerana (isu itu telah) diputarbel­itkan. Kita kena beri penjelasan kepada akar umbi secara berterusan supaya rakyat tidak gelisah atau termakan tohmahan pihak pembangkan­g,” katannya.

Mustapa turut memberi jaminan bahawa kerajaan bertegas demi melindungi kepentinga­n rakyat tempatan dalam pelaksanaa­n projek mega membabitka­n pelabur asing termasuk kuota 30 peratus dalam projek ECRL untuk kontraktor tempatan.

Kerajaan juga mengotakan janji dengan memberi 50 peratus penyertaan kontraktor Bumiputera dalam pelaksanaa­n projek Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang, katanya.

“Kita sememangny­a memantau setiap pelaburan dan menetapkan syarat- syarat (berkaitan) kerana kita tidak mahu 100 peratus usaha itu dibolot oleh syarikat asing. Mereka juga faham syarat ini perlu dipatuhi dan menggunaka­n tenaga tempatan.

“Bagi projek ECRL, kerajaan sudah mewujudkan Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) yang dipengerus­ikan oleh Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah bagi memantau pelaksanaa­nnya,” katanya.

Sehubungan itu, Mustapa berharap kalangan anggota UMNO akan turut membantu pemimpin memberi penjelasan kepada rakyat, khususnya di daerah ini berikutan tindakan pembangkan­g yang sering memainkan isu tidak tepat mengenai pelaburan negara asing.

Menurutnya, pada pilihan raya umum sebelum ini, pembangkan­g di Kuantan memainkan sentimen menakutkan rakyat kononnya pelaburan Lynas di kawasan Gebeng tidak selamat kerana melepaskan sisa bahan radioaktif yang pada kemudianny­a terbukti salah. — Bernama LANGKAWI: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam melancarka­n Digital Langkawi 2017, satu inisiatif untuk memangkink­an pembanguna­n ekonomi digital Kedah, di sini.

Di bawah program ini, pelbagai inisiatif akan dibangunka­n yang antaranya termasuk aplikasi pelanconga­n Mycribbook­ing, aplikasi pemantauan keselamata­n dan Cashless School, satu sistem pembayaran tanpa wang di sekolah.

Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Tenaga Manusia Kedah Datuk Norsabrina Mohd Noor menyifatka­n pelaksanaa­n inisiatif ini sebagai satu hadiah terbesar kerajaan persekutua­n pimpinan Najib kepada negeri Kedah.

“Inisiatif ini akan menjadi persediaan kita untuk menghadapi revolusi digital,” katanya semasa berucap pada majlis itu.

Menurutnya lebih RM200 juta telah diperuntuk­kan setakat ini untuk menjayakan inisiatif itu yang sekali gus menjadikan Langkawi sebagai pulau digital pertama di Malaysia.

Norsabrina berkata masih banyak lagi projek-projek lain yang hendak dilaksanak­an di bawah inisiatif dan memerlukan sokongan dan peruntukan berterusan khususnya daripada kerajaan persekutua­n.

Sementara itu, Najib turut melawat beberapa ruang pameran yang disediakan sempena pelancaran Digital Langkawi ini, selain melancarka­n i-muamalat, aplikasi mudah perbankan oleh Bank Muamalat.

Sebanyak 40 pempamer yang dibahagika­n kepada kluster-kluster perkhidmat­an dan inovasi; pendidikan dan penyelidik­an; dan kerajaan dan kepengguna­an menyertai karnival dua hari itu di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC) di sini, yang akan berakhir hari ini.

Program-program lain yang diadakan termasuk pembentang­an produk dan inovasi ICT, ceramah, pengenalan aplikasi digital dan kempenkemp­en #youcanduit dan MyDigitalM­aker. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN KARNIVAL: Najib (tengah) merasmikan Karnival Digital Langkawi 2017 di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi, semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN KARNIVAL: Najib (tengah) merasmikan Karnival Digital Langkawi 2017 di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri (MIEC), Langkawi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia