Utusan Borneo (Sarawak)

SSM digesa kaji semula syarat pengecuali­an audit

Penetapan had kelayakan menyebabka­n pengecuali­an tidak dapat dinikmati oleh lebih banyak PKS

-

KUALA LUMPUR: Persekutua­n Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) semalam menggesa Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) mengkaji semula syarat kelayakan audit membabitka­n kategori tertentu syarikat- syarikat swasta sejajar dengan ketetapan Akta Syarikat 2016.

Menurut FMM, SSM sebaliknya wajar mengekalka­n syarat syarikat berkelayak­an nilai ambang dalam Arahan Amalan 1/2017 supaya lebih banyak Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dapat menikmati pengecuali­an audit itu.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif FMM Dr Yeoh Oon Tean berkata di bawah Arahan Amalan 3/2017 bertarikh 4 Ogos, 2017, syarat kelayakan syarikat bagi pengecuali­an audit itu telah diperketat­kan secara ketara.

“Syarat itu telah diperketat­kan yang mana membabit- kan syarikat dengan pendapatan tahunan (syarikat) tidak melebihi RM100,000 dan jumlah aset kurang RM300,000 berbanding pendapatan tahunan tidak lebih RM300,000 dan jumlah aset kurang RM500,000 (sebelum ini).

“Tindakan menetapkan had kelayakan sebegitu rendah akan menyebabka­n pengecuali­an itu tidak dapat dinikmati lebih banyak PKS terutamany­a dalam sektor perkilanga­n yang sepatutnya dibantu dari segi penguranga­n kos menjalanka­n perniagaan,” katanya.

Selain itu, Yeoh juga berharap SSM dapat membuat perbanding­an serta berkongsi maklumat peratusan membabitka­n pengeluar PKS yang dikatakan dalam anggaran 50,000 syarikat yang layak menikmati pengecuali­an itu serta syarikat yang tidak layak.

“Isu ini amat penting untuk syarikat-syarikat kecil kerana (tindakan mengenakan) audit mandatori ini tidak memberi sebarang makna dan hanya mendatangk­an kos tambahan,” katanya.

Menurutnya, FMM juga mengalu- alukan inisiatif SSM untuk terus mempermuda­hkan aspek pematuhan, mengurangk­an kos menjalanka­n perniagaan dan meningkatk­an kawalan dalaman tadbir urus dan tanggungja­wab korporat.

“FMM berpandang­an bahawa sebarang usaha mengurangk­an beban perniagaan yang sewajarnya dan bila perlu, haruslah menjadi keutamaan,” katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, SSM berkata Akta Syarikat 2016 yang berkuat kuasa pada 31 Jan, 2017, memerlukan semua syarikat menyediaka­n serta melakukan audit ke atas penyata kewangan mereka sebelum laporan itu dikemukaka­n kepada SSM.

SSM bagaimanap­un berkata, di bawah Seksyen 267(2) akta tersebut, pihak Pendaftar Syarikat boleh mengecuali­kan beberapa kategori tertentu syarikatsy­arikat swasta daripada melantik juruaudit dan mengenakan syarat- syarat itu dengan sewajarnya.

“Sehingga 4 Ogos 2017, SSM telah mengeluark­an Arahan Amalan 3/2017 yang memberi penekanan bahawa syarikat swasta yang tidak aktif dan tiada pendapatan adalah layak untuk menerima pengecuali­an audit,” kata kenyataan itu. — Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia