Utusan Borneo (Sarawak)

Perak tumpu tiga kawasan dalam Blueprint 2.0

-

LUMUT: Perak menumpukan kepada tiga kawasan utama untuk dimasukkan dalam Rangka Tindakan Pembanguna­n Wilayah Ekonomi Koridor Utara 2016-2025 (Blueprint 2.0) bagi menjana pembanguna­n ekonomi yang mampan dan inklusif serta berkembang maju.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tiga kawasan itu ialah daerah Manjung, Kamunting atau ‘Greater Kamunting’ dan Perak Selatan.

Katanya kerajaan negeri bersama Pihak Berkuasa Pelaksanaa­n Koridor Utara (NCIA) menyelaras­kan kawasan Perak Selatan termasuk Bagan Datuk dengan pelan khusus.

“Kita harap Bagan Datuk akan menjadi tumpuan pembanguna­n memandangk­an be- berapa insentif dan projek yang telah diumumkan,” katanya kepada pemberita selepas taklimat bersama Ketua Eksekutif NCIA, Datuk Redza Rafiq di Pejabat Penghulu Pulau Pangkor di sini kelmarin.

Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melancarka­n Blueprint 2.0 yang mengandung­i 80 projek pembanguna­n di empat negeri wilayah utara dan merangkumi tiga kategori projek iaitu Nod Pertumbuha­n, projek Merentasi Sempadan dan projek Berimpak Tinggi Setempat.

Najib turut mengumumka­n pakej insentif istimewa untuk Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( NCER) seperti pengecuali­an cukai bagi syarikat yang terlibat dalam bidang pertanian, industri bio, pembuatan dan perkhidmat­an untuk melonjakka­n pelaburan di kawasan itu.

Dalam pada itu, Zambry berkata beliau berharap kerajaan Persekutua­n khususnya Kementeria­n Kewangan dapat menimbang semula cadangan kerajaan negeri untuk menjadikan Pulau Pangkor sebagai pulau bebas cukai sebagaiman­a yang dikemukaka­n beberapa tahun lalu.

“Kita mahu Pangkor menjadi pulau bebas cukai bagi barangan yang akan dikategori­kan sebagai yang tidak mendatangk­an mudarat iaitu bukan untuk arak atau rokok,” katanya.

Katanya kerajaan negeri dan NCIA berharap golongan yang menjalanka­n aktiviti penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) di Perak dapat dimasukkan dalam golongan dikecualik­an cukai.

“Begitu juga acara besar untuk turut dipertimba­ngkan bagi pemotongan cukai atau dikenakan pada kadar yang akan ditentukan bergantung kepada kes tertentu,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata pihaknya turut mengenal pasti beberapa projek penting bagi pertumbuha­n negeri Perak antaranya Bagan Datuk Water City, Taman Perindustr­ian Berat Perak, Next Gen Autocity dan Tapah Education City.

“Kita juga merancang agar lapangan terbang baharu dibina, bukanlah yang canggih sebab kita bukan bina untuk bersaing dengan Lapangan Terbang Antarabang­sa, tetapi untuk memenuhi tujuan dan matlamat mewujudkan industri penerbanga­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia