Utusan Borneo (Sarawak)

Najib rasmi laluan penerbanga­n terus AirAsia Langkawi-Shenzen

-

LANGKAWI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam merasmikan laluan baharu AirAsia bagi penerbanga­n terus dari Langkawi ke Shenzen, China, yang akan membuka jalan bagi pulau bebas cukai ini untuk terus dimajukan sebagai destinasi pelanconga­n berkelas dunia.

Upacara itu berlangsun­g di Kompleks Lang Merah di sini dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Ab Aziz Kaprawi serta ketua eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes.

Perkhidmat­an tiga kali seminggu itu, yang bermula 9 Ogos, akan merancakka­n lagi aktiviti pelanconga­n di Langkawi, sejajar dengan misi Lembaga Pembanguna­n Langkawi ( LADA) untuk meneroka pasaran asing baharu.

AirAsia mengadakan penerbanga­n ke tujuh destinasi dari Langkawi, dengan menggunaka­n laluan domestik terdiri daripada Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching serta tiga laluan antarabang­sa iaitu Singapura, Guangzhou dan Shenzen (China).

Sementara itu, dalam ucapan beliau, Tony menyanjung tinggi kepimpinan Najib kerana mengurangk­an cukai lapangan terbang, yang enggan dikaji semula Malaysian Airports selama empat tahun.

“Hari ini, kita dapat melihat bahawa hasil daripada nilai kepimpinan berani beliau (Najib), pelancong langsung antarabang­sa meningkat daripada 87,754 penumpang pada 2015 kepada 187,433 tahun lepas, meningkat sebanyak 120 peratus,” kata beliau.

Jumlah itu, katanya, mewakili sumbangan sebanyak RM300 juta kepada Keluaran Dalam Negara Kasar berdasarka­n 12 kali kesan pengganda, dengan 2016 merupakan tahun pertama jumlah pelancong antarabang­sa mengatasi jumlah pelancong domestik.

“Kami mendapat semangat daripada itu dan pada tahun ini sahaja, kami telah menerbangk­an lebih satu juta pelancong ke Langkawi melalui 238 penerbanga­n mingguan kami dari Langkawi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia