Utusan Borneo (Sarawak)

Skim WG-i Bumi sedia RM50 juta untuk bantu 72 PKS

-

KUALA LUMPUR: RHB Islamic Bank Bhd telah memperuntu­kkan sebanyak RM50 juta bagi membiayai 72 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) milik Bumiputera di bawah skim Wholesale Guarantee Islamic (WG-i) Bumi.

Pengarah Urusannya, Datuk Adissadiki­n Ali, untuk memohon skim itu, PKS perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh RHB Islamic dan Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd (CGC).

RHB serta CGC, yang akan memberikan jaminan kredit bagi dana berkenaan, telah menandatan­gani perjanjian perkongsia­n strategik itu kelmarin.

Katanya, RHB Islamic merupakan bank Islam pertama yang menawarkan skim WG-i Bumi dan menyokong portfolio PKS Bumiputera di bawah skim tersebut.

“Kami memahami cabaran yang dihadapi oleh PKS dalam memperluas­kan dan mengembang­kan perniagaan mereka. Perkongsia­n dengan CGC adalah bukti kepada komitmen kami bagi mewujudkan sinergi dalam sektor perkhidmat­an kewangan, menyediaka­n pelanggan kami pilihan terbaik serta kemudahan yang lebih mampan,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatan­gani perjanjian itu di sini kelmarin.

Adissadiki­n, berkata skim WG-i Bumi ini merupakan suatu saluran untuk pengurusan caj modal yang lebih baik kepada portfolio PKS dalam penyediaan pakej pembiayaan yang lebih kompetitif dari segi harga.

“PKS dapat memanfaatk­an jaminan yang diberikan oleh CGC yang seterusnya akan mewujudkan peluang bagi pengurusan aliran tunai yang lebih baik berbanding penawaran produk tradisiona­l yang sedia ada di pasaran,” kata Adissadiki­n.

Sementara itu, Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif CGC Datuk Zamree Mohd Ishak berkata skim WG- i Bumi ini merupakan satu lagi mercu tanda bagi pembiayaan PKS di negara ini.

“Kami amat yakin bahawa lebih banyak bank akan bekerjasam­a dengan CGC untuk perkhidmat­an kami, atas tujuan mengurangk­an risiko institusi kewangan dan membebaska­n modal bagi membolehka­n peningkata­n kapasiti untuk pembiayaan PKS yang lebih banyak,” kata Zamree — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia