Utusan Borneo (Sarawak)

Pasar Raya Emart umum pemenang Indocafe

-

MIRI: Emart Supermarke­t di Tudan semalam menganjurk­an majlis penyampaia­n hadiah bagi peraduan beli dan menang Indocafe menyaksika­n 16 pemenang dari kedua- dua cawangan Pasar Raya Emart di Miri (Tudan dan Riam) menerima hadiah yang terdiri daripada baucar tunai dan hamper.

Pemenang hadiah pertama menerima baucar beli- belah Emart bernilai RM350, manakala pemenang hadiah kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang baucar bernilai RM250 dan RM150.

Pemenang hadiah sagu hati masing-masing menerima baucar bernilai RM50.

Selain daripada baucar beli- belah tersebut, kesemua pemenang juga masing-masing menerima hamper Indocafe bernilai RM30.

Untuk Pasar Raya Emart di Tudan, pemenang hadiah pertama, kedua dan ketiga ialah Sima Mergi, Hussain Bin Amin dan Mostafezur Rahman. Lima pemenang hadiah sagu hati termasukla­h Simut Ak Bilong, Lily Ak Japang, Chiong Chik Kwong, Cherime Ak Lanau dan Mohd Armin David Abdullah.

Sementara itu untuk Pasar Raya Emart di Riam pemenang hadiah kedua dan ketiga ialah Wong Siew Kiong, Lau Hui Song dan Loo Chin Ling. Lima pemenang hadiah saguhati ialah Rohana Abdullah, Tang Yih Wuu, Chai Poh Lee, Rinai Radu dan Sediah binti Aling.

Pertanding­an ini berlangsun­g dari 7 Julai hingga 7 Ogos 2017 yang dianjurkan bersama oleh DKSH (M) Sdn Bhd dan Regal Marketing & Trading Sdn Bhd, di mana para pelanggan boleh mengambil bahagian dengan pembelian RM10 ke atas manamana produk kopi Indocafe dalam satu resit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia